Mazda MX-5 sertai Super Taikyu Series 2023, guna bahan api neutral karbon

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar yang sinonim dengan tagline 'Zoom Zoom Zoom' mengumumkan penyertaan mereka di dalam Kejuaraan ENEOS Super Taikyu Series 2023 bermula pusingan keempat di Litar Autopolis, Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera bernombor 12 Mazda MX-5 Roadster "Mazda Spirit Racing Roadster CNF Concept" itu akan berlumba di dalam kelas ST-Q menggunakan bahan api neutral karbon bersama-sama dengan jentera lumba Mazda3 bernombor 55 "MAZDA SPIRIT RACING MAZDA3 Bio concept" yang menggunakan bahan api biodiesel.

Selain daripada Mazda Spirit Racing Roadster CNF Concept, terdapat jentera lain yang turut menggunakan bahan api yang serupa seperti contoh ORC ROOKIE GR86 CNF Concept yang menggunakan enjin tiga silinder 1.4 liter turbo, serta Team SDA Engineering BRZ CNF Concept dengan nadi boxer 2.4 liter di dalam kelas ST-Q.

Sama seperti Toyota, Mazda percaya adalah penting untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada pelanggan, di mana langkah ini mampu mempercepatkan usaha untuk mencapai neutraliti karbon bukan sekadar melalui elektrifikasi semata-mata.

Mungkin pada satu hari nanti, segala teknologi neutral karbon yang telah terbukti di dalam litar lumba bakal digunakan secara meluas untuk kenderaan produksi massa Mazda pada masa akan datang.

Baca: Toyota AE86 Carbon Neutral Project

Baca: Mr Bean pandu Toyota GR Yaris H2 Concept di Goodwood

Baca: Keiichi Tsuchiya pandu uji Toyota Corolla hidrogen di Litar Tsukuba