Kejap timbul, kejap tenggelam.
Idea untuk menghasilkan sebuah hot hatch daripada Mazda sebenarnya sudah pun berlegar lama di ruang internet, namun masih tiada kata putus daripada pihak atasan Mazda berhubung permasalahan ini.
Baca: Generasi baharu Mazda3 MPS tidak mungkin jadi kenyataan
Akan tetapi, mungkin ada sinar baharu buat Mazda3 MPS baharu berdasarkan laporan daripada Autocar di mana hatchback Mazda3 itu bakal menggunakan enjin 2.5 liter turbo yang dipinjamkan daripada CX-5 dan Mazda6.
Atas kertas, enjin turbo empat silinder sebaris itu mampu menghasilkan 250 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas dan transmisi manual enam nisbah kelajuan mungkin sekali satu pilihan yang tepat untuk sebuah hot hatch.
Menurut Kota Beppu, pengurus projek pembangunan Mazda3 mengesahkan masih tiada kata putus berkenaan pembangunan Mazda3 hatchback berkuasa turbo itu, namun secara peribadi beliau mahukan model tersebut direalisasikan.
Ini ditambah lagi dengan kehadiran beberapa model hot hatch berkuasa tinggi di sesetengah negara dan Mazda3 turbo dilihat sebagai salah satu alternatif bagi mereka yang rindukan zaman kegemilangan MazdaSpeed3 MPS.
Paling tidak, dari Jepun sudah ada wakil hot hatch selain daripada Corolla GRMN.