Mazda RX-9 kini 'berperang dengan masa' - ketua unit R&D

oleh Mohamad Hanif|
Satu lagi sinar baharu terbit dari pengeluar yang sinonim dengan enjin Wankel didapati menerusi temubual antara laman automotif Wheels bersama-sama ketua unit R&D Mazda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap kepada Wheels pada acara Tokyo Motor Show yang ke-46 beberapa hari yang lalu, Ichiro Hirose dan Ikuo Maeda (ketua unit rekaan) masing-masing mengakui bahawa impian mereka adalah untuk melihat kereta sports bernadikan enjin rotary kembali hidup. 

Walaubagaimanapun, menurut kata Maeda, mereka kini sedang berperang dengan masa apabila disoal perihal tempoh masa yang mereka sasarkan. 

"Saya faham, persekitaran mampu berubah, jadi kami perlu melihat sekiranya masa hadapan masih lagi boleh menerima sebuah kereta sports (Mazda) dengan tangan yang terbuka.

"Jadi, kami kini sedang berperang dengan masa," ujarnya lagi.
 


Mazda sebelum ini telah mendaftarkan paten baharu di mana mereka bakal membawakan pembaharuan dan penambahbaikan kepada teknologi Wankel bagi memastikan enjin Rotary tersebut mematuhi piawaian emisi, lebih efisien dan boleh dipercayai. 

Malah, kita juga dapat melihat beberapa kali kelibat sebuah model ujian yang memakai kulit Mazda RX-8 didapati sedang mengelilingi litar Nurburgring dalam tempoh beberapa bulan yang lalu. 

Ini menunjukkan bahawa Mazda tidak pernah sekali-kali mengabaikan aspek yang suatu ketika dahulu menjadi identiti tersendiri yang membezakan antara Mazda dan pengeluar yang lain. 

Tunggu dan lihat sahaja bagaimana Mazda bakal membentuk kereta sports baharu ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana menurut satu laporan daripada Jalopnik, kereta sports baharu Mazda berkemungkinan besar…
Berita Global
Menurut laporan daripada Motor Magazine Japan, imej paten tersebut memaparkan struktur ala…