Ia muncul buat kali pertama pada lewat tahun 2015 dalam acara Tokyo Motor Show dan pernah dianugerahkan sebagai kereta konsep yang paling cantik pernah dihasilkan.

Buat masa sekarang, anda hanya boleh memiliki Mazda RX-Vision dalam bentuk imej digital (muat turun, jadikan imej wallpaper) atau ‘memandu’ model konsep ini di dalam platform simulasi perlumbaan terkemuka.
Berita baik, anda kini boleh mendapatkan Mazda RX-Vision yang kini ditawarkan dalam versi model berskala 1:18 di pasaran Jepun dengan kos sekitar 69,500 yen atau RM2,274 sahaja.

Namun berita kurang baiknya, hanya 30 unit sahaja Mazda RX-Vision yang akan diproduksikan, dan pembeli akan ditentukan menerusi cabutan undi.
Model yang diperbuat daripada resin ini mempunyai ukuran sepanjang 37 cm, lebar 20.5 cm, dan tinggi 14.5 cm.
Mungkin agak besar untuk diletakkan sebagai hiasan di atas meja kerja, namun anda boleh mendapatkan rak kaca Ikea untuk mempamerkan koleksi yang agak mahal ini di ruang tamu.
Sumber: Motor1