Mazda sedang bangunkan kereta sports rotari baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kereta konsep yang paling cantik di dunia, Mazda RX-Vision diperlihatkan secara rasmi pada Tokyo Motor Show 2015, dan pada ketika itu Mazda mahu memperlihatkan kepada dunia mereka akan kembali serius dalam arena kereta berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa paten gambar lukisan kejuruteraan yang diperoleh daripada Taku2-4855 (terima kasih kepada Japanese Nostalgic Car) dipercayai memperlihatkan versi produksi sebenar kepada konsep Mazda RX-Vision itu.

Gambar-gambar lukisan yang diperoleh memperlihatkan sebuah coupe dua pintu yang didatangkan dengan binaan rangka aluminium spaceframe yang memaparkan sokongan struktur yang agak kompleks.
 

paten RX-Vision


Antara yang menarik perhatian adalah binaan struktur rangka-Y pada bahagian terowong tengah yang dikatakan mampu menyumbang kepada kadar ketegaran casis yang lebih baik, serta penggunaan sistem suspensi jenis double-wishbone yang menunjukkan betapa seriusnya Mazda terhadap aspek pengendalian kereta sports ini.

Salah satu paparan memperlihatkan ruang enjin yang agak kompak, memberikan bayangan bahawa Mazda mungkin akan mengembalikan semula enjin rotari (Skyactive-R, masih ingat?) pada RX-Vision, serta kehadiran sistem hibrid 48 voltan dengan motor elektrik pada roda hadapan.
 

RX-Vision


Ini sekaligus memberikan bayangan RX-Vision bakal menjadi sebuah kereta sports rotari-hibrid dengan sistem pacuan semua roda (atau dua roda bergantung kepada konfigurasi mod pemanduan).

Paten mungkin hanya akan kekal sebagai sebuah paten, namun setidak-tidaknya ia memberikan satu berita positif terhadap para peminat Mazda yang menanti-nantikan kehadiran semula enjin Wankel yang ikonik itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…