Mazda, Suzuki, Subaru, Isuzu dan Daihatsu melabur dalam projek kereta pandu-sendiri Toyota

oleh HEZERI SAMSURI|
Lima syarikat automotif Jepun bersetuju untuk melabur di dalam perkhidmatan kereta pandu sendiri yang dimulakan oleh SoftBank Corp dan Toyota Motor Corp.

Mazda, Suzuki, Subaru, Isuzu dan Daihatsu akan melabur sebanyak 51.2 juta yen (RM2.2 juta) setiap seorang di dalam projek tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai balasan, mereka menerima jumlah saham sebanyak dua peratus untuk setiap seorang.

SoftBank dan Toyota akan mengekalkan pegangan saham sebanyak 35 peratus di dalam syarikat tersebut, yang kini mempunyai modal berbayar sebanyak US$26.6 juta.

Sebelum ini, Honda dan Hino turut bersetuju untuk menambahkan saham mereka kepada 10 peratus setiap satu.

Oktober lalu, projek yang dinamakan Monet ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan perkhidmatan bas dan kenderaan seperti Grab seawal tahun hadapan.

Menjelang 2023, syarikat itu akan melancarkan platform perkhidmatan untuk kenderaan elektrik dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna e-Palette dari Toyota.

Jumaat lalu pula, Monet telah memberitahu Reuters bahawa ia akan membesarkan operasinya ke Asia Tenggara tahun hadapan.