Mazda tidak pasti tentang generasi baharu CX-5

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kehadiran Mazda CX50 dan CX-60 ke pasaran telah merancakkan lagi persaingan dalam segmen SUV saiz pertengahan, namun ianya telah menimbulkan tanda tanya mengenai generasi baharu satu lagi model Mazda iaitu CX-5 yang berada dalam segmen tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5, Mitsuru Wakiie berkata "Saya tidak pasti sama ada kami akan memperkenalkan CX-5 atau tidak, jadi saya tidak dapat memberi anda sebarang butiran,"

Setakat ini, model CX-5 hanya menerima kemas kini facelift bersama beberapa perubahan kecil, menunjukkan bahawa model tersebut mungkin akan kekal tanpa generasi baharu untuk beberapa tahun lagi.

 

2

 

CX-50 dihasilkan pada tahun 2022 khusus untuk pasaran di US dan China, SUV saiz pertengahan itu memiliki dimensi 4719 mm panjang, 1920 mm lebar dan 2814 mm jarak roda, dimana ia berkongsi platform yang sama dengan CX-30.

CX-60 juga telah dihasilkan pada tahun 2022 khusus untuk pasaran Eropah dan beberapa pasaran lain seperti Jepun dan Australia, SUV itu memiliki dimensi 4740 mm panjang, 1890 mm lebar dan 2870 mm jarak roda.

Sebagai perbandingan, model CX-5 pula memiliki dimensi 4550 mm panjang, 1840 mm lebar dan 2700 mm jarak roda, menjadikan ia model paling kecil dalam segmen tersebut.

 

3

 

Walaubagaimanapun, CX-5 telah menjadi model Mazda yang paling laris pada 2022 dengan 365,135 unit terjual dari 1,116,107 unit kereta Mazda secara global.

Angka jualan tahunan itu diikuti oleh model Mazda 3 dengan 173,619 unit dan Mazda CX-30 dengan 172,057 unit terjual pada tahun 2022.

 

Sumber: Car Expert

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada…