Mazda3 MPS tidak akan menjadi kenyataan (buat masa ini)

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, Careta turun sendiri ke Mazda Glenmarie untuk melihat dengan lebih dekat kelibat Mazda3 hatchback yang sangat anggun dan seksi itu.

 

Dan sekali imbas, anda sememangnya boleh membayangkan hatchback ini bertukar menjadi sebuah hot hatch yang dipakaikan lencana MPS -  meneruskan legasi hot hatch Mazda beberapa tahun yang lalu.

Nampaknya, angan-angan kami masih di peringkat Mat Jenin kerana berita terbaharu yang diterima mengesahkan bahawa Mazda tidak akan (buat masa ini) menghasilkan model berprestasi tinggi yang bakal menggugat VW Golf GTI, Honda Civic Type R, dan Hyundai 130 N.  
 


Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh Carsguide, ketua unit pembangunan dan perancangan produk Mazda, Hiroyuki Matsumoto memberitahu bahawa mereka masih tiada pelan khusus bagi menghasilkan hot hatch tersebut. 

"Kami mampu untuk menghasilkan enjin yang lebih berkuasa bagi memenuhi kehendak (pelanggan), akan tetapi buat masa ini, ia tidak akan berlaku.

Sebelum ini, Pengurus Program Mazda3 Kota Beppu melahirkan perasaan beliau untuk melihat kelibat sebuah hot hatch yang lebih berkuasa daripada Mazda3 standard. 
 


Jika diimbas kembali sejarah di mana Mazda mula menghasilkan Mazda3 MPS, ia dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris MZR L3-VDT 2.3 liter dengan pengecas turbo yang mampu menjana 263 kuasa kuda dan 380 Nm, memacu roda hadapan menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Sekadar makluman, Mazda sebenarnya mempunyai enjin yang lebih berkuasa, iaitu Skyactiv-G turbo berkapasiti 2.5 liter dan mampu mengekstrak 250 kuasa kuda dan 420 Nm daya kilas, seperti yang digunakan pada Mazda CX-9 generasi terkini. 

Namun, adakah ia calon yang sesuai untuk Mazda3? Atau Mazda mempunyai perancangan yang lebih baik bagi melahirkan sebuah Mazda3 MPS sejati? 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Anugerah yang diadili oleh 41 orang juri wanita itu telah menamakan beberapa buah model kereta…
Sukan Bermotor
Walaupun bukan dalam bentuk yang kita semua impikan - Mazda3 MPS - akan tetapi ia adalah…
Telah Diuji
Namun, usah hiraukan semua itu kerana kami ada sebab tersendiri kenapa Mazda3 ini wajar…