Mazda6 2019 - kini dengan GVC Plus, harga bermula dari RM173,659

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun versi facelift baharu sahaja dilancarkan kira-kira setahun yang lalu, ia tidak menghalang Bermaz Motor untuk membawakan sedikit kemas kini kepada sedan segmen D Mazda, Mazda6 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah kelengkapan G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) - sistem kawalan yang pertama di dunia yang mengubah daya kilas enjin sebagai respons terhadap input stereng bertujuan untuk menjadikan pemanduan yang lebih lancar dan berkesan. 

Berdasarkan input itu tadi, sistem komputer boleh mengarahkan enjin supaya melaraskan kembali kuasa yang diedarkan supaya memberikan lebih cengkaman kepada roda dan menjadikan pemanduan di selekoh yang lebih stabil. 

Selain daripada aspek pengendalian di selekoh, GVC Plus juga memberikan kawalan yang meyakinkan apabila menukar laluan di lebuhraya, serta pemanduan di jalan yang licin. 
 


Unit infotainmen Mazda6 juga kini menerima sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay sebagai standard yang boleh diakses menerusi MAZDA CONNECT Infotainment. 

Dari segi penawaran enjin, terdapat tiga pilihan iaitu Skyactiv-G 2.0L, Skyactiv-G 2.5L dan enjin diesel Skyactiv-D 2.2L dengan padanan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan.
 


Untuk sedan yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini, Mazda menawarkan sehingga tujuh warna pilihan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Titanium Flash, Jet Black dan Snowflake White Pearl. 

Harga jualan bagi kesemua varian Mazda6 termasuklah varian wagon adalah seperti berikut:

VARIAN

SEDAN

TOURING

MAZDA6 2.0L

RM 173,659.00

-

MAZDA6 2.5L

RM 211,148.00

RM 215,148.00

MAZDA6 2.2L

RM 219,851.00

-

 

Setiap pembelian kereta Mazda yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/perbatuan 100,000 km* termasuklah servis penyelenggaraan percuma lima tahun/perbatuan 100,000 km* (kecuali Mazda BT-50). 

*yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ya, tekaan anda sama dengan apa yang penulis fikirkan - dua musuh ketat datang dari pengeluar Jepun…
Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Pelancaran
Model edisi khas ini diperkenalkan sebagai tanda peringatan 20 tahun sejak model generasi pertama…