Kerajaan negeri melihat PKPD sebagai usaha untuk memutuskan rantai penyebaran pandemik sehingga ia tercapai.
Ciapan beliau juga menerangkan bahawa pihak kerajaan negeri mahu menyegerakan proses vaksinasi untuk pekerja-pekerja dan kadar vaksinasi adalah faktor utama sektor ekonomi dibuka semula.
Selangor mencapai angka positif Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 4,152 kes semalam dan antara puncanya ialah saringan menyeluruh dan proses saringan kontak rapat yang dilakukan di kawasan-kawasan PKPD.