MBJB guna aplikasi tempat letak kereta digital, 'MBJB Spot V2'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari MBJB
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini menggunakan aplikasi pengurusan tempat letak kereta secara digital sepenuhnya menerusi MBJB Spot V2.


Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman berkata, ia selaras dengan pelaksanaan bandar raya pintar di Johor Bahru menerusi transformasi digital di dalam perkhidmatan kepada warga bandar raya dan menormakan ‘cashless society’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Menerusi aplikasi MBJB Spot v2 ini, pengguna boleh membuat semakan dan bayaran kompaun bagi kesalahan letak kereta dan kesalahan lalu lintas.

 

“Mereka juga membuat permohonan dan pembayaran sewa petak sementara dan petak rezab secara atas talian bagi penjaja dan premis perniagaan,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di Johor Bahru pada Selasa.

 

 

MBJB

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, lokasi operasi itu selalunya dijadikan tempat letak motosikal sehingga menyebabkan…