"Kebiasaannya bengkel meletakkan kereta rosak di petak parkir yang dikhaskan untuk kedai bersebelahan," katanya pada Mesyuarat Penuh MBSA di Wisma MBSA.
Beliau berkata, kenderaan terbiar bukan sahaja mengurangkan jumlah parkir untuk orang ramai malah mencacatkan imej bandar raya.
"Pasukan penguat kuasa MBSA akan mula menunda kenderaan terbiar ini bermula Januari.
"Tindakan ini melibatkan kenderaan yang sudah diberikan notis tetapi gagal dialihkan selepas tempoh ditetapkan," ujar beliau.
Menurutnya, perbuatan meninggalkan kenderaan terbiar di petak parkir awam bukan sahaja menyebabkan kehilangan hasil kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) malah caj tunda sebanyak RM300 bagi kenderaan bertayar dan RM400 bagi tidak bertayar akhirnya mungkin ditanggung pembayar cukai jika pemilik tidak dapat dikesan.
Pada mesyuarat sama, laporan itu melaporkan Mohd Fauzi turut mengumumkan MBSA memperoleh lapan kenderaan elektrik Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi baharu.
Antara jabatan yang akan menggunakan kenderaan itu ialah Kejuruteraan, Pelesenan, Pembangunan Komuniti, Kontrak dan Ukur Bahan, Perkhidmatan Pengurusan, Perancangan dan Pejabat Datuk Bandar.
Mohd Fauzi berkata, penggunaan EV itu mampu mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 30 peratus setahun berbanding kenderaan petrol atau diesel.