MBSP keluarkan 15,588 kompaun parkir sejak 1 Januari 2021

oleh SALINA JALIL|
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan 15,588 kompaun bagi kesalahan meletak kenderaan sejak 1 Januari hingga semalam.


Jumlah itu lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu yang hanya merekodkan 9,724 kompaun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata pihaknya sedang mengenal pasti punca utama peningkatan pengeluaran kompaun terbabit yang didapati agak tinggi dalam tempoh singkat kurang daripada sebulan.

 

"Kita tidak tahu mengapa jumlah pengeluaran kompaun agak tinggi dalam tempoh tidak sampai satu bulan dan kita sedang mengenal pasti puncanya.

 

"Adakah sistem ini bermasalah atau penduduk Seberang Perai sendiri masih belum memahami sistem dan kita akan perbaiki kelemahan serta berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan lebih baik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh MBSP yang dipancarkan secara dalam talian di Facebook, hari ini.

 

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 132,458 kompaun dikeluarkan MBSP dengan rekod paling tinggi pada November iaitu 20,151 kompaun.

 

Mengulas lanjut, Rozali berkata, penduduk Seberang Perai tidak lagi boleh menggunakan kupon letak kereta bercetak berikutan penggunaannya sudah ditamatkan pada 31 Disember lalu.

 

"Mulai tahun ini dan seterusnya penggunaan aplikasi Penang Smart Parking (PSP) sudah dikuatkuasakan sepenuhnya di kawasan tempat letak kereta berwarta di seluruh Seberang Perai.

 

"Aplikasi PSP ini boleh dimuat turun melalui platform seperti Google Play Store, Apple App Store dan Huawei Gallery App yang mana kita berharap semua pihak dapat menyokong usaha perkembangan teknologi tempat letak kereta pintar ini," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Beliau berkata, bagi individu yang kurang memahami penggunaan sistem PSP mereka tidak perlu khuatir memandangkan terdapat 186 ejen kupon elektronik atau e-kupon yang akan membantu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar yang perlu dibayar itu bakal meningkat kepada RM20 sekiranya pemilik kenderaan berkenaan…