MBSP Tegur Lelaki Menerusi CCTV - “Pemilik Proton Wira, Anda Telah Buang Sampah Di Luar Tong, Sila Ambil Semula”

oleh SALINA JALIL|
Baru-baru ini tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki tidak bertanggungjawab dengan sengaja meletakkan bungkusan sampah di luar tong sampah yang disediakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Namun begitu, tindakan lelaki tersebut mendapat teguran serta-merta oleh pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang memantau gerak-geri menerusi CCTV yang dipasang di kawasan tersebut.

 

“Salam sejahtera. Ini unit kawalan CCTV MBSP. Perhatian kepada pemilik kenderaan Proton Wira, nombor pendaftaran xxx berwarna maroon (merah hati).

“Anda telah membuang sampah di luar tong sampah MBSP. Anda diminta mengambil kembali sampah tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

“Sekiranya anda tidak mengambil sampah tersebut tindakan penguatkuasaan akan diambil melalui CCTV. Sekian terima kasih,” tegur pegawai MBSP yang bertugas di unit CCTV.

 

Sebaik sahaja mendengar suara pegawai itu individu berkenaaan segera mengambil sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

 

Langkah dilakukan oleh pihak MBSP mendapat pujian warga maya yang menyifatkan mendidik dan menasihati terlebih dahulu bukannya terus menghukum.

 

Disamping itu, terdapat beberapa rakaman yang menegur kesalahan-kesalahan pengguna jalan raya terutama kenderaan yang memarkir kenderaan di petak parkir kenderaan OKU.

 

Syabas MBSP. Ini yang kita mahukan supaya pengguna-pengguna jalan raya lebih 'beradap' dan sopan di mana saja berada.

 

Video tersebut boleh ditonton di bawah ini:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia bagi memastikan laluan bas tidak terhalang dan menjadikan pergerakan dan frekuensi lebih laju…
Berita Domestik
  "Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme. "…
Informasi
  Dilengkapi bilik koordinasi yang lengkap dengan sistem paparan masa sebenar berdefinisi tinggi (…