MCE terima kontrak bernilai RM52.13 juta dari PROTON

oleh Firdaus Razani|
MCE Holdings Berhad (MCE) baru-baru ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad telah memperoleh kontrak daripada PROTON dengan nilai anggaran RM52.13 juta untuk membekalkan komponen elektronik dan mekatronik automotif.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Projek itu, yang menjangkau 60 bulan, akan menyaksikan MCE menyediakan alat ganti seperti Front Reading lamp, Rear Reflector, dan Pull Cup Handle Assembly untuk kenderaan PROTON, bermula pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026.

Pengarah Urusan Kumpulan MCE, Dr. Goh Kar Chun, berkata: “Mendapatkan satu lagi projek daripada PROTON mencerminkan kepercayaan yang diberikan kepada kepakaran reka bentuk dan pembuatan kami.

Memenangi projek ini melalui proses tender yang kompetitif terhadap pesaing tempatan dan serantau yang terkemuka menunjukkan bahawa MCE memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan oleh pembuat kereta terkemuka untuk penyelesaian teknologi yang berkualiti dan menjimatkan kos.” tambahnya.

Beliau turut menambah dengan menyatakan untuk meningkatkan penawaran dalam rantaian nilai pembuatan elektronik automotif, dan berada di landasan untuk menyiapkan kilang baharu, MCE Auto Hub, menjelang awal 2025.

“Kemudahan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kami dalam mereka bentuk dan membangunkan komponen elektronik yang lebih canggih dan sistem, membolehkan kami memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan generasi akan datang di peringkat tempatan dan antarabangsa,” tambah Goh.

MCE ialah pengeluar peralatan asli (OEM) terkemuka yang terlibat dalam kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan alat elektronik automotif dan alat ganti mekatronik untuk pasaran Malaysia dan serantau.