McLaren 720S GT3 EVO, pakej baharu untuk musim lumba 2023!

oleh Muhammad Md Tajudin|
McLaren 720S GT3 EVO 2023
McLaren 720S GT3 EVO 2023
McLaren Motorsport terus mempertingkatkan kereta lumba 720S GT3 EVO supaya kekal kompetitif untuk musim perlumbaan GT3 2023.

Model yang dipertingkatkan dengan tambahan nama EVO dinaik taraf dari siri 720S GT3 yang bermula sejak 2018.

Pasukan yang sudah memiliki 720S GT3 boleh mengambil pakej naik taraf atau membeli terus unit baharu untuk berlumba.

Perubahan yang dibuat mengambil kira input dari pasukan yang menggunakannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
McLaren 720S GT3 EVO 2023

 

Dari segi pencapaian, 720S GT3 memenangi perlumbaan seperti Asian Le Mans Series, IMSA WeatherTech Sportscar Championship dan GT World Challenge Europe.

Terbaru pasukan yang menggunakan 720S GT3 berjaya menduduki podium di dalam perlumbaan Daytona 24 Hours 2023.

Di antara perubahan pada model terbaru ialah bampar depan dan pemisah (splitter) dengan pengikat buka cepat (quick-release) supaya mudah ditanggal dan diganti baharu.

Kit itu juga mempunyai ciri aerodinamik lebih baik dan dapat meningkatkan daya mendap keseluruhan dan memindahkan keseimbangan keseluruhan ke bahagian depan.

Faedah lain supaya kereta lebih konsisten di dalam trafik perlumbaan.

 

McLaren 720S GT3 EVO 2023

 

Lohong pada bonet depan turut membantu bagi mendapatkan keseimbangan dan juga penyejukan.

Kedudukan lampu tambahan telah ditukar untuk penglihatan lebih baik pada waktu malam dan perlumbaan jarak jauh.

Pada bahagian belakang, tiang sayap kini lebih mudah untuk dilaras dengan mekanisma baharu.

Hujung sayap pula lebih tinggi bagi meningkatkan daya mendap tanpa menjejaskan keseimbangan keseluruhan.

 

McLaren 720S GT3 EVO 2023

 

Selain kit aerodinamik, pakej 2023 turut memfokuskan bahagian suspensi dengan penggunaan penyerap hentak boleh laras baharu TTX40 Öhlins.

Set itu mempunyai empat arah larasan dengan omboh frekuensi tinggi dan panjang boleh laras.

Kedua-dua set wishbone bahagian atas depan dan belakang turut ditukar. Bahagian depan boleh dilaras selain pangsi (clevis) baharu.

Geometri belakang juga diubah supaya sepadan dengan perubahan yang dilakukan.

 

McLaren 720S GT3 EVO 2023

 

Pemasangan angkup brek depan 720S GT3 EVO kini jenis bolt untuk penukaran keseluruhan set dengan lebih cepat.

Turut digunakan rod pangsi terbina dalam (built-in) dan lebih lasak dalam situasi sentuhan tayar ke tayar semasa berlumba.

Bahagian belakang juga sama dengan geometri baharu untuk pengurusan tayar dan tambahan pilihan tetapan.

Brek pula dengan rekaan bell tertutup untuk cakera yang lebih tahan lasak.

Tempahan McLaren 720S GT3 EVO kini dibuka selain kit naik taraf penuh yang ditawarkan untuk pemilik sedia ada.

Penulis: Muhammad Md Tajudin