McLaren bercita-cita tinggi, mahu lancar 18 model menjelang 2025

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tersebutlah kisah pada suatu ketika industri automotif United Kingdom tidaklah beberapa baik. Jenama kereta UK banyak yang dijual dan dimiliki oleh syarikat asing dari Malaysia, India, China dan Jerman.

Hakikatnya UK adalah lubuk kereta, pelbagai jenama lahir di sana dan mereka juga mempunyai individu hebat dalam industri automotif.

Namun di sebalik sejarah tersebut ada satu jenama yang semakin galak memahat nama dalam industri automotif.

Jenama tersebut bukanlah pengeluar massa tetapi organisasi yang lahir daripada sukan perlumbaan Formula 1.

McLaren Automotive.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
McLaren UK

 

Walaupun McLaren ini kuat DNA British tetapi ia juga dimiliki oleh firma asing.

Syarikat ini adalah subsidiari di bawah McLaren Group yang mana pegangan majoriti dimiliki oleh Mumtalakat Holding Company yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan Bahrain.

Tidak kira siapa pemiliknya atau prestasi yang kurang memberangsangkan dalam F1, McLaren kini sedang melalui zaman gemilang.

Untuk menjamin masa depan yang terus cemerlang, McLaren baru-baru ini sempena Goodwood Festival of Speed telah melancarkan pelan Track25. Pelan itu adalah evolusi kepada pelan Track22 yang dilancarkan pada 2016.

Apakah yang ada dalam pelan ini?

 

McLaren

 

McLaren mahu melancarkan 18 model baharu dan sampingan menjelang 2025. Untuk sebuah pengeluar yang berada dalam segmen kecil, jumlah ini adalah suatu besar setara jika dibandingkan dengan pengeluar massa. 

Ini juga cita-cita besar apabila purata pengeluaran kenderaan McLaren adalah sebanyak 6,000 setahun. Pelaburan itu dijangka dapat menaikkan lagi jumlah produksi sehingga 75 peratus.

Pasaran manakah yang mampu menyumbang jumlah jualan yang tinggi itu? China?

Selain sasaran produksi tersebut, di bawah ialah di antara perancangan masa depan McLaren:

  • Komited mahu menghasilkan barisan model kereta sport dan super dengan nadi kuasa hibrid dalam tempoh tujuh tahun
  • Mahu menilai dan membangunkan teknologi bateri pengecasan pantas dengan jarak penggunaan selama 30 minit di litar lumba
  • Melabur dalam bidang material ringan dan McLaren Composites Technology Centre (MCTC). McLaren sangat mementingkan material yang ringan dalam pembuatan kereta
  • Selepas melancarkan model McLaren  P1TM yang merupakan kereta hiper petrol-elektrik hibrid pertama di dunia lima tahun lalu, McLaren bakal melancarkan model gantian selepas ini
  • Selain menghasilkan kereta berprestasi, McLaren juga akan memperkenalkan teknologi seperti perlindungan siber, pengesanan kenderaan dan kemaskini perisian secara langsung (over-the-air)

 

McLaren

 

Kenderaan McLaren sekarang ini ditawarkan di 31 buah pasaran serata dunia melalui 86 rangkaian pengedar. 

Sesuai dengan sasaran tinggi Track25, McLaren mahu mengembangkan lagi pasaran dan sedang menilai beberapa pasaran utama seperti Rusia, India dan Eropah Timur/Tengah sehingga 100 buah pengedar.

McLaren Automotive sekarang ini mempunya sekitar 2,300 pekerja global dan mempunyai pejabat rasmi di UK, Amerika Syarikat, Bahrain, China, Singapura, Jepun dan Sepanyol.

Hello Ferrari dan Lamborghini! Apa khabar Lotus?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

McLaren

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…