McLaren lancar skuter elektrik Lavoie Series 1, jarak gerak 50 km

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada membina supercar, McLaren juga tidak ketinggalan dalam menawarkan produk skuter elektrik yang lebih sesuai digunakan untuk mobiliti perbatuan terakhir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter elektrik Series 1 ini dihasilkan oleh Lavoie, sebuah syarikat subsidiari di bawah McLaren Applied.
 

skuter


Skuter ini diperbuat menggunakan bahan magnesium gred automotif  dengan berat cuma sekitar 16.5 kg sahaja, dan menampilkan sistem Flowfold yang telah dipatenkan membolehkan ia dilipat dan disimpan dengan lebih mudah.

Ia mampu menawarkan jarak gerak sehingga 50 km, dan tempoh pengecasan pula adalah sekitar dua jam dengan menggunakan palam tiga pin domestik.
 

skuter


Untuk keselamatan, skuter ini turut dibekalkan dengan sistem pencahayaan keliling, serta mempunyai fungsi lampu isyarat membelok dan skrin paparan terbina.

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk mengesan lokasi skuter dan mengaktifkan amaran jika diperlukan.
 

skuter


Aplikasi ini mempunyai ciri tambahan seperti navigasi turn-by-turn, statistik mendalam, dan sokongan bantuan tepi jalan sekiranya berlaku sebarang masalah.

Perincian seperti kuasa, kelajuan dan harga jualan masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Skuter Lavoie Series 1 ini direka oleh Ian Callum dan dihasilkan oleh Lavoie, salah satu unit di…