McLaren P1, kereta hiper hibrid yang berusia 10 tahun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
McLaren P1
McLaren P1
McLaren mempunyai beberapa model utama dan dipisahkan kepada sejumlah varian yang merupakan perkara biasa untuk pengeluar kereta berprestasi.

Dari kelompok model tersebut, McLaren P1 berada pada kedudukan istimewa kerana digerakkan nadi hibrid dan sudah pun berusia sepuluh tahun.

Detik pengenalan model produksi McLaren P1 di Geneva pada 2013 kini diraikan McLaren dan walaupun berusia, model ini kekal menawan ibarat baru sahaja dilancarkan.

Masakan tidak hebat, McLaren P1 direka dengan hasrat untuk menjadi kereta pemandu terbaik di jalanan dan litar.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
McLaren P1

 

Sepuluh tahun dan menggunakan nadi hibrid, McLaren P1 menjadi mercu tanda buat McLaren dan pembangunan model hibrid yang terbaru iaitu McLaren Artura.

Nadi utama McLaren P1 ialah enjin M838TQ 3.8 liter turbo berkembar V8 yang menghasilkan 727 bhp.

Enjin itu dipadan dengan motor elektrik 176 bhp dan melonjakkan kuasa kepada 903 bhp.

Pecutannya luar biasa, 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 2.8 saat dan 6.8 saat dari 0 hingga 200 km/j.

 

McLaren P1

 

Pecutan dari 0 hingga 300 km/j memerlukan 16.5 saat dan hampir lima saat lebih pantas berbanding sebuah lagi model legenda McLaren F1.

Kelajuan maksimum mencecah 350 km/j dan sebagai sebuah kereta hibrid, respon pedal yang segera dan ketangkasan daya kilas turut membentuk karakter McLaren P1.

Selain elektrifikasi, P1 membawa dua ciri utama sebuah kenderaan McLaren iaitu berat yang rendah dan prestasi aerodinamik.

McLaren P1 menggunakan casis monokok gentian karbon yang dipanggil MonoCage dan berbumbung. 

 

McLaren P1

 

Casis tersebut adalah hasil pembangunan struktur MonoCell yang digunakan pada model McLaren 12C sebelum itu. 

Bateri hibrid ditempatkan rendah di dalam MonoCage dan seberat 96 kilogram (kg) dan berada dalam kategori bateri yang ringan.

Berat kering McLaren P1 hanya 1,395 kg dan berat badan (kerb weight) 1,490 kg (DIN).

Kecemerlangan dalam mendapatkan badan yang ringan itu diteruskan pada Artura yang mempunyai berat 1,498 kg (DIN).

 

McLaren P1 dan McLaren Artura
McLaren Artura dan P1

 

Sekali lagi diingatkan, kedua-duanya adalah model hibrid yang membawa komponen tambahan berbanding enjin biasa.

McLaren P1 tidak mempunyai karpet lantai kerana menambah berat. Bukan setakat karpet, penebat bunyi pun tiada!

Cermin kereta direka untuk mengurangkan berat dengan cermin bumbung hanya senipis 2.4 milimeter (mm).

Cermin depan pula berukuran 3.2 mm dan termasuk antara lapis plastik, 3.5 kg lebih ringan berbanding cermin 12C dengan ketebalan 4.2 mm.

 

McLaren Artura dan P1
McLaren Artura dan P1

 

Sayap belakang McLaren P1 mengoptimumkan aerodinamik dengan larasan secara automatik sehingga 300 mm di litar dan 120 mm di jalan raya.

Sistem itu dibangun menggunakan perisian dan kaedah sama seperti pasukan Formula Satu McLaren.

DRS (Drag Reduction System) disatukan dengan rekaan McLaren P1 bagi mengurangkan daya mendap dan meningkatkan kelajuan pada laluan lurus.

Ianya dicapai melalui anggul (pitch) spoiler belakang berbanding menggunakan kepak (flap) boleh tanggal.

 

McLaren P1

 

Kombinasi permodelan aerodinamik dengan kaedah perkomputeran dinamik bendalir (CFD) dan banyak masa di dalam terowong angin menghasilkan daya mendap 600 kg.

Selain teknologi reka bentuk dan kejuruteraan, eksklusiviti McLaren P1 turut menyumbang kepada statusnya yang istimewa.

McLaren P1 habis dijual dalam tempoh beberapa bulan selepas diperkenalkan atau menjelang November kesemua 375 unit telah mempunyai pemilik.

 

McLaren P1

 

Unit produksi pertama dalam warna Ice Silver disiapkan pada September 2013 dan unit terakhir berwarna pearlescent orange siap pada Disember 2015.

Satu lagi fakta menarik, akronim P1 merujuk kepada petak pertama perlumbaan dan nama yang sepadan selepas McLaren F1. 

Dari segi sejarah, McLaren F1 dikenali sebagai Project 1 atau P1 pada peringkat awal.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

McLaren P1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini Mad Mike menerusi pasukannya MadLab sekali lagi tampil dengan binaan luar biasa,…
Berita Global
Bukan sahaja dari segi jumlah, malahan bencana tersebut turut memusnahkan sebuah hypercar yang…
Model Terbaharu
Kini, McLaren membawakan sebuah model baharu dengan harga yang lebih masuk akal, dan paling penting…