McLaren panggil kembali 2,763 supercar - risiko tangki bahan api terkakis akibat lembapan

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ada satu pun syarikat automotif yang sempurna di dalam dunia ini, malah McLaren pun tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di dalam pembikinan setiap supercar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu dokumen yang difailkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, McLaren dilaporkan memanggil semula kira-kira 2,763 unit kenderaan disebabkan risiko kakisan terhadap tangki bahan api.

Kakisan tersebut berpunca daripada pad busa yang digunakakan di bawah tangki bahan api yang mampu menyerap lembapan, sekaligus memberikan kesan karat kepada tangki yang diperbuat daripada logam.

Malah, dalam senario yang lebih teruk, kakisan ini mampu menyebabkan kebocoran bahan api.

 


Berdasarkan laporan Part 573 di dalam dokumen tersebut, kes pertama dicatatkan oleh McLaren pada 14 Januari tahun lalu apabila seorang pemilik di Latvia mengadu terhidu bau petrol yang dikatakan berpunca dari bawah jentera 570GT-nya.

Setelah menggantikan tangki bahan api, pengedar McLaren mengambil inisiatif menghantar tangki yang bermasalah serta melaporkan insiden tersebut ke ibu pejabat di Woking, UK.

HQ McLaren membuat analisa bagi memastikan kes ini bukanlah kes yang terpencil, dan tidak menunggu begitu lama apabila seorang lagi pelanggan mengadu kes yang sama menerusi model 570GT.

Kesemua 2,763 unit kereta yang terjejas melibatkan unit Sport Series, 720S sehinggalah kepada unit edisi terhad Senna yang dibina bermula 1 May 2016 sehingga 20 Mac 2020 dipanggil semula.

McLaren walaubagaimanapun tidak menyebut model-model seperti Elva, Speedtail, model Ultimate Series serta model 765LT.

 


Solusinya?

Para pengedar diarahkan untuk membuka kembali pemasangan pad busa tersebut serta memeriksa tangki bahan api untuk kemungkinan kakisan dan menggantikannya sekiranya perlu.

Apa akan terjadi sekiranya pad busa tersebut dibuang?

Jika diikutkan, pad tersebut hanyalah sebahagian daripada komponen NVH dan ia tidak mengganggu integriti struktur kenderaan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…