McLaren perlihat tab serat karbon Monocell untuk model hibrid baharu

oleh Mohamad Hanif|
Struktur tab gentian karbon merupakan satu komponen biasa yang kita lihat pada pembinaan supercar dan hypercar yang mementingkan berat badan yang ringan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, apa yang kami paparkan dalam artikel ini bakal menjadi asas kepada pembinaan model-model yang dielektrifikasikan oleh McLaren pada masa akan datang.

Tab serat karbon Monocell ini dibangunkan di McLaren Composites Technology Centre (MCTC) di Sheffield, UK dan senibina ini bakal digunakan buat kali pertama pada model hibrid baharu yang dijadualkan pelancarannya pada tahun 2021.

Hasrat McLaren cuma satu - menghasilkan model baharu dengan trenkuasa hibrid yang memiliki berat yang sama seperti model enjin pembakaran dalaman sedia ada.

 


Menurut Mike Flewitt, ketua eksekutif McLaren berkata, "casis ultra-ringan daripada gentian karbon ini menawarkan integriti struktur yang lebih kuat dan berkualiti tinggi berbanding apa yang pernah dihasilkan sebelum ini.

"Kami tidak akan mencapai sasaran tersebut, namun buat permulaan kami akan memastikan (perbezaan) berada dalam lingkungan 30-40 kg. Apabila anda menyedari sistem hibrid P1 adalah sekitar 140 kg, ini kerana kami telah banyak melakukan perkara untuk menguruskan berat tersebut.

Tidak banyak informasi yang diketahui berkenaan model baharu hibrid McLaren ini, namun ia dikatakan bakal menjadi pewaris kepada Sports Series, serta membawakan nadi V6 turbo berkembar yang dipadankan dengan motor elektrik.

Malah, ia juga dijangka bakal menawarkan jarak operasi sejauh 32 km apabila mod sifar emisi digunakan.

 


Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…