McLaren pernah rancang versi non-hibrid untuk P1

oleh Mohamad Hanif|
McLaren P1 kini sudah mencecah usia hampir enam tahun di dalam arena automotif dunia.

Namun, tahukah anda, pada awal fasa pembangunan, pihak McLaren pada mulanya merancang untuk menghasilkan P1 versi non-hibrid.

Bermakna perancangan asal pembangunan P1 ini lebih kepada pembangunan hypercar secara tradisi yang bergantung kepada kuasa enjin semata-mata. 

Walaubagaimanapun, setelah perbincangan dan sesi pecah idea yang dilakukan oleh pihak atasan, mereka bersepakat untuk membangunkan McLaren P1 versi hibrid, bagi memberikan saingan hebat kepada Porsche 918 dan juga Ferrari LaFerrari. 
 


Persaingan antara ketiga-tiga hypercar itu kemudiannya digelar sebagai "Holy Trinity" oleh peminat dunia permotoran. 

Diperkenalkan pada pameran permotoran Paris tahun 2012, McLaren P1 menjalani fasa produksi selama hanya dua tahun, dengan unit penghasilan secara keseluruhannya mencatatkan sebanyak 375 unit sahaja seluruh dunia. 

Ini menjadikan hypercar hibrid ini lebih ekslusif dan terhad  berbanding 918 unit Porsche 918 Spyder dan 710 unit Ferrari LaFerrari. 
 


Tambahan sistem hibrid pada McLaren P1 memberikan kuasa tambahan sebanyak 140 bhp, menjadikan jumlah keseluruhan kuasa sebanyak 903 bhp. 

Kuasa pecutan hypercar ini mampu mencapai 100 km/j daripada keadaan pegun dalam masa hanya 2.8 saat, 0.4 saat lebih pantas daripada model ikonik McLaren F1 dengan kelajuan tertinggi dicatatkan sepantas 350 km/j. 

Kuasa gabungan kedua-dua enjin dan elektrik yang terdapat di dalam McLaren P1 mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 480 km. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Berdasarkan laporan terbaharu oleh CAR Magazine, kemasukan pengeluar tersebut bakal diwakili oleh…
Berita Global
Itu merupakan nilai yang direkodkan oleh sebuah McLaren F1 1995 yang baharu sahaja dijual di acara…
Model Terbaharu
Daripada enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar itu, McLaren 765LT Spider berupaya…