McLaren Senna talaan Novitec - 889 hp, 888 Nm, 0-100 dalam 2.7 saat!

oleh Mohamad Hanif|
McLaren Senna merupakan supercar produksi terhad yang dibangunkan oleh Mclaren Automotive dan merupakan penambahan ketiga kepada McLaren Ultimate Series selepas model F1 dan P1.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dihasilkan dalam 500 unit terhad dan kesemuanya telah pun habis dijual, McLaren Senna itu sendiri merupakan satu penghormatan buat pelumba Aryton Senna apabila berjaya memenangi perlumbaan F1 antara 1988 sehingga 1993.

Spesifikasinya juga cukup mengkagumkan, enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar sudah cukup sihat untuk menghasilkan 789 kuasa kuda dan 800 Nm yang memacu roda belakang.

 


Namun, bagi mereka yang masih tidak berpuas hati dengan angka tersebut, rujuk sahaja pada pakar Novitec, dan mereka akan menala supercar Senna anda ini supaya mampu mengekstrak 889 hp dan daya kilas 888 Nm!

Gila!

Disebabkan penambahan kuasa tersebut, McLaren Senna kini mampu memecut sepantas 2.7 saat dari 0-100 km/j, pantas 0.1 saat berbanding model standard (2.8 saat).

Bukan itu sahaja, pecutan 0-200 km/j mampu diselesaikan dalam masa 6.5 saat (0.3 saat lebih pantas) namun kelajuan tertinggi masih lagi tidak berubah sekitar 335 km/j.

 


Rahsia di sebalik peningkatan prestasi itu bukan sahaja tertakluk kepada enjin, akan tetapi modifikasi terhadap sistem ekzos dimana sistem perpaipan kustom daripada Inconel telah dipasang dan diperbuat daripada super aloi - bahan biasa digunakan dalam Formula 1.

Aspek aerodinamik (dan hasil kerja badan) asal McLaren Senna tidak disentuh oleh Novitec, namun mereka telah menggantikan rim asal dan memasukkan set rim Vossen centerlock bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci di bahagian belakang.

 


Set tayar pula menggunakan Pirelli P Zero bersaiz 255/30 ZR20 di hadapan dan 325/25 ZR21 di bahagian belakang.

Novitec juga turut menawarkan opsyen untuk ruang kabin Senna termasuklah seleksi bahan daripada kulit dan Alcantara yang ditawarkan dalam pelbagai jenis warna mengikut peribadi pemandu.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun, terlintas juga sekali sekala di dalam fikiran untuk membina kembali sebuah PC demi memenuhi…
Berita Global
Dengan pengenalan McLaren Elva, supercar tanpa bumbung dan cermin hadapan ini merupakan penawaran…