McLaren Supercar EV masih jauh dari realiti

oleh Mohamad Hanif|
McLaren kini sedang sibuk menguji supercar elektrik mereka yang masih belum dinamakan itu. Walaupun masih tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi supercar elektrik terbaru itu, COO McLaren Jens Ludmann memberitahu, "(supercar) seharusnya mencapai 789 kuasa kuda dengan berat (kereta) mencecah 1200 kg."

Angka tersebut merupakan rujukan kepada supercar McLaren Senna yang baharu dilancarkan oleh McLaren, dan ia merupakan satu titik rujukan kuasa yang seharusnya dicapai oleh supercar elektrik yang bakal dibina.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Ludmann lagi, antara halangan yang dikenalpasti ketika ini ialah kepadatan tenaga (energy density) dan bukan kapasiti tenaga (energy capacity).

McLaren mempunyai target untuk mencapai kepadatan kuasa elektrik setinggi 500 watt jam per kilogram (Wh/kg). Secara teori, ia membolehkan supercar mereka berlumba sebanyak 30 minit atau 10 kali pusingan litar dan kemudian mengambil masa kira-kira 30 minit pengecasan sebelum kembali berlumba di atas litar. 

Walaubagaimanapun, teknologi terkini membataskan angka tersebut pada had 180 Wh/kg. 

Menerusi Formula E, McLaren juga turut membekalkan bateri untuk kegunaan perlumbaan dengan angka yang dicatatkan 216 Wh/kg. Namun bateri khas itu menurut McLaren, didapati tidak sesuai untuk kegunaan biasa. 

McLaren mahukan teknologi bateri yang mempunyai kadar kepadatan tenaga yang tinggi, dan kesemua alatan elektronik mampu bertahan dengan kadar perlepasan kuasa yang tinggi dan kadar discaj yang ekstrem sepanjang masa di dalam perlumbaan. 

Dengan teknologi bateri masa kini, kereta elektrik mampu mencapai jarak sejauh 800km sekali cas namun menurut McLaren, ia adalah terlalu berat dan kadar pengecasan yang diambil adalah terlalu lama mengikut standard mereka. 

Kekangan teknologi membataskan pencapaian target yang mereka mahukan, dan ia mungkin mengambil masa lima ke 10 tahun sebelum mereka dapat merealisasikan projek supercar elektrik tersebut.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…