McLaren - SUV? Tak best mana pun.

oleh HEZERI SAMSURI|
McLaren nampaknya tidak berminat untuk menikut jejak langkah jenama supercar lain untuk menghasilkan sebuah model SUV.

Menurut Darren Goddard, Pengarah McLaren Sport Series, tidak ada satu perkara pun yang menarik mengenai sebuah SUV.

Beliau mengaku pesaingnya seperti Porsche, Lamborghini, Maserati, Bentley, Bugatti dan baru-baru ini, Ferrari sendiri telah bersepakat untuk tunduk kepada kepentingan adanya model SUV bagi jenama-jenama mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Goddard percaya untuk McLaren, halatuju sekarang ialah untuk mengimbangkan kadar pengeluaran mereka agar seimbang dengan jualan.

Sekarang ini, McLaren hanya mampu menghasilkan sebanyak 6,000 buah kenderaan setahun dan ia perlu meningkatkan jumlah itu kepada 15,000 unit jika mahu menjual sebuah SUV.

"Ini memerlukan pelaburan yang cukup tinggi" ujar Goddard.

 

 

McLaren juga perlu melabur dalam penghasilan platform baharu kerana platform carbon mono-cell yang ada sekarang tidak boleh digunakan untuk membina sebuah SUV.

"McLaren juga tidak akan bergabung dengan mana-mana jenama lain kerana ia mahu kekal eksklusif," tambahnya.

Yang pasti, McLaren sedang menghasilkan sebuah kenderaan elektrik dan EV itu sedang diuji.

Porsch Taycan, bergembiralah sekarang kerana McLaren ialah mimpi ngeri yang bakal muncul di dalam tidur mu kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…