McLaren tayang 720S dengan liveri Gulf

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar supercar McLaren kini memperkenalkan model 720S yang dilayangkan dengan liveri ikonik Gulf sebagai tanda persahabatan yang terjalin setelah sekian lama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

McLaren sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Gulf di dalam Formula One dan Can-Am dari tahun 1968 hingga 1973, serta pada tahun 1990-an menerusi model lagenda F1 GTR.

 


McLaren 720S Gulf ini datangnya dari unit McLaren Special Operations (MSO) dan mengambil masa kira-kira 20 hari untuk disiapkan sepenuhnya memandangkan liveri itu dibikin dengan menggunakan tenaga tangan.

Selain daripada warna biru dan jingga yang dilayangkan pada panel badan, McLaren 720S itu turut menampilkan angkup brek berwarna jingga, serta jahitan logo Gulf pada headrest.

 


Sayang sekali, hanya unit terhad yang akan dihasilkan oleh MSO.

McLaren 720S merupakan salah satu daripada supercar terpantas yang dijual pada ketika ini, dengan keupayaan untuk memecut sepantas 2.9 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi 341 km/j.

 


McLaren 720S dikuasakan oleh enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 710 hp dan 770 Nm, dan memiliki berat keseluruhan sekitar 1,283 kg sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi spesifikasi, ia datang dengan nadi 4.0 liter bentangan V8 dengan bantuan turbo berkembar…
Berita Global
Dihasilkan dalam 12 unit terhad, setiap satu McLaren 600LT ini diberikan kemasan grafik unik…
Berita Global
  Satu persoalan yang selalu timbul apabila melihat spoiler tinggi di atas kereta ialah sama ada…