
Sebagai rujukan, harga pasaran China untuk model ini berada antara 84,900 hingga 109,900 yuan, iaitu hampir RM60,000 hingga RM80,000 jika ditukar terus.
Spesifikasi Off Road iCaur V23
V23 hadir dengan dimensi 4220 mm panjang, 1915 mm lebar dan 1845 mm tinggi. Ground clearance 210 mm memberi kelebihan ketika melalui permukaan tidak rata. SUV ini menggunakan tayar R21 265/45 dengan jarak roda 2735 mm. Berat keseluruhan 2195 kg adalah biasa untuk EV, manakala sistem traction control memastikan cengkaman kekal stabil di laluan licin atau berbatu.

SUV ini dilengkapi sudut approach 42 darjah, departure 41 darjah, keupayaan water wading sehingga 600 mm serta gradeability 40 peratus. Ciri Hill Descent Control dan Hill Hold Control turut membantu ketika menangani cerun curam.

Bateri, Kuasa dan Jarak Pemanduan
Walaupun iCaur Malaysia masih belum mengumumkan spesifikasi penuh untuk pasaran tempatan, data berikut diambil daripada katalog rasmi pasaran China sebagai rujukan asas:
• Kapasiti bateri
52 kWh hingga 60 kWh (bergantung varian pasaran China)
• Output kuasa
160 PS untuk varian 2WD
218 PS untuk varian iWD
• Tork maksimum
Sekitar 240 Nm untuk 2WD
Sekitar 360 Nm untuk iWD
• Masa pengecasan
AC 7 kW: sekitar 7 hingga 8 jam penuh
DC fast charging: 30 minit (30 ke 80 peratus, anggaran China)
• Jarak pemanduan
CLTC 400 hingga 500 km
Anggaran WLTP sekitar 320 hingga 400 km
Data ini bukan angka rasmi iCaur Malaysia, tetapi memberikan gambaran prestasi asas untuk V23 berdasarkan model yang dijual di China. Spesifikasi sebenar Malaysia hanya akan didedahkan ketika pelancaran rasmi Disember nanti.
Pengalaman Pandu Uji di Trek ATV Gamuda Gardens
Laluan di sini tidak terlalu ekstrem tetapi cukup teknikal untuk menguji kemampuan asas off road sebuah SUV EV. Media perlu mendaki laluan tanah merah yang sempit, melalui selekoh tajam di kawasan hutan getah serta mengawal pemanduan di permukaan tanah longgar selepas hujan.

Walaupun hanya menggunakan tayar on road, V23 menunjukkan kawalan yang baik. Traksi kekal stabil, momentum mudah dikawal ketika mendaki cerun, dan suspensi menyerap hentakan kecil tanpa membuat kabin terasa melompat. Radius putaran 5.85 meter pula membantu ketika menghadapi selekoh sempit dan laluan zig zag.


Apa Yang Boleh Dijangka Daripada V23
Sesi off road ini membuktikan bahawa iCaur V23 bukan sekadar EV bandar. Dengan ground clearance yang tinggi, sudut approach dan departure yang agresif serta traction control yang responsif, model ini mampu mengharungi laluan off road ringan hingga sederhana dengan yakin.

Jika harga pelancaran rasmi pada Disember nanti diturunkan seperti yang berlaku pada iCaur 03, V23 berpotensi menjadi antara SUV EV kompak paling menarik di Malaysia. Dengan reka bentuk yang menonjol, kemampuan off road praktikal dan harga yang berpeluang menjadi lebih kompetitif, V23 menawarkan nilai tambah kepada pengguna yang mahukan EV yang versatile di atas dan luar jalan raya.