Megane GT muncul di Malaysia AutoShow 

oleh HEZERI SAMSURI|
Model generasi terbaharu Renault Megane (cara sebutan ialah May - Gun) kini sedang dipamerkan di Malaysia AutoShow di MAEPS, Serdang yang berlangsung dar- 9 ke 12 November ini.

Megane GT yang dibina dengan kerjasama Renault Sport Technologies dan menjadi varian yang diletakkan di bawah varian sporty Megane, iaitu RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Megane GT datang dengan teknologi 4CONTROL yang membenarkan pengendalian sporty melalui sistem stereng empat roda. Ia tetap selesa - sesuai untuk pemanduan harian.

Contohnya di bawah 80km/j dalam mod Sport dan 60km/j dalam mod lain, roda hadapan dan belakang boleh membelok ke arah yang bertentangan, sehingga 2.7 darjah di belakang. Ini memberikan rasa seperti sebuah kenderaan dengan jarak roda yang pendek - ligat.

Pada kelajuan tinggi, roda hadapan dan belakang membelok ke arah yang sama, dengan belokan sehingga satu darjah di belakang, untuk kestabilan yang lebih baik.

4CONTROL melakukan kiraan sudut tayar belakang 100 kali setiap saat dan melarasnya mengikut keperluan.

Transmisi pula ialah dari klac berkembar 7-kelajuan automatik EDC.

Enjin Energy TCe 205 menghasilkan 205 PS dan 280 Nm membenarkan pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam masa 7.1 saat tetapi penggunaan bahan api serendah 6L/100km.

Tidak ada harga yang ditetapkan kerana model ini hanya untuk tatapan pengunjung.

 

megane GT

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…