Mekanik maut dihempap kereta yang sedang dibaiki

oleh SALINA JALIL|
Mekanik meninggal dunia selepas dihempap kereta di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, di Bayan Lepas, malam tadi.


Mangsa yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 malam.

 

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang membaiki sebuah kereta jenis Proton Saga dan tiba-tiba kereta terbabit menghempap separuh dari badan mangsa.

 

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan berkenaan," katanya di sini, hari ini.

 

Jurucakap berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

 

"Identiti mangsa tidak dapat diperoleh dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan operasi tamat pada 1.05 pagi," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata,…
Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…