Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) ingin memberikan kepada anda wang tunai berjumlah RM5,000 setiap hari melalui peraduan "eCard Pump & Swipe".
Ini merupakan tahun kedua penganjuan peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai setiap hari, khusus buat para pemegang kad kesetiaan eCard berikutan respons yang menggalakkan pada tahun lalu.
Terdahulu, Ir Azizul Azily Ahmad selaku Pengurus Besar Bekalan, Runcit dan Hal Ehwal Awam Kerajaan telah menyampaikan hadiah wang tunai kepada Encik Pang Kam Seng dari Shah Alam, pemenang hari pertama peraduan tersebut.
Encik Pang merupakan ahli eCard sejak tahun 2016 dan menjadi pengguna tegar produk BhPetrol - Infiniti RON95, RON97, dan Euro2 Diesel - di Lebuhraya KL-Klang.
Promosi ini bakal berakhir pada 15 Mei ini di semua stesen minyak BHPetrol yang menerima penggunaan kad eCard.
Untuk menyertai, pengguna hanya perlu membuat pembelian bahan api minimum RM40 untuk mana-mana produk (Infiniti 95, Infiniti 97, Infiniti Diesel dan Infiniti Euro5 Diesel) dan tidak lupa untuk meleretkan eCard mereka.
eCard dari BHPetrol merupakan program kesetiaan pelanggan yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran kepada para pelanggannya, di mana untuk setiap RM1 wang dibelanjakan, mereka akan mengumpul 1 mata ganjaran ePoint.
Pengguna boleh menebus mata ganjaran bagi mendapatkan pelbagai barangan dan hadiah, termasuklah bahan api bernilai RM10 dengan hanya 950 mata ganjaran ePoint.
Selain daripada itu, pengguna juga boleh menebus hadiah menarik yang terdapat di BHPetrol Rewards Catalogue, atau menerusi ecardrewards.bhpetrol.com.my.
Untuk mendaftar sebagai ahli eCard, borang aplikasi boleh dimuat turun menerusi ecard.bhpetrol.com.my