Menangi hadiah eksklusif Caltex Havoline dan ONE Championship dengan pembelian pelincir Havoline

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik jenama Caltex di Malaysia iaitu Chevron Malaysia Limited kini mengumumkan pek promosi khas untuk setiap pembelian produk Caltex Havoline®.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Promosi terbaharu ini adalah selaras dengan pengumuman kerjasama terbaharu di antara Caltex Havoline® dengan media sukan terbesar di Asia, ONE Championship. 
 


Menurut Pengurus Pemasaran Caltex Asia Pasifik, Lennard Kwek berkata Caltex Havoline kini merupakan satu-satunya syarikat minyak dan gas di Asia Tenggara yang mempunyai ONE Championship sebagai rakan serantau di Filipina, Thailand dan Malaysia. 

Bersempena dengan pengumuman tersebut, pelanggan yang membeli produk minyak pelincir enjin Havoline bakal menerima barangan premium Havoline ONE Championship seperti berikut:

 

Pek Pembelian

Jenis Kenderaan

Saiz

Barangan Eksklusif

Harga Runcit

Havoline ProDS™ ECO 5 SAE 5W-30

Kereta Penumpang

4L

 

 

Caltex Havoline ONE Polo T-shirt

RM 248.00

Havoline ProDS™ Fully Synthetic LE SAE 5W-40

4L

RM 239.60

Havoline ProDS™Fully Synthetic SAE 10W-50

4L

RM 239.60

Havoline Synthetic Blend SAE 10W-40

4L

Caltex Havoline ONE Cap

RM 132.00

Havoline Synthetic Blend SAE 5W-30

4L

RM 132.00

Havoline Formula SAE 10W-30

4L

 

Caltex Havoline ONE Bandana

RM 88.00

Havoline Formula SAE 15W-40

4L

RM 88.00

Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40

Motosikal

1L

RM 63.00

Havoline Super 4T Semi-Synthetic SAE 10W-40

1L

RM 27.80


Kesemua pek promosi tersebut boleh didapati di stesen minyak terpilih Caltex, bengkel Havoline dan kedai barangan automotif seluruh negara bermula dari 1 Mei sehingga 31 Julai 2018 sementara stok masih ada. 

Terdapat beberapa aktiviti menarik turut disediakan sepanjang jerayawara Caltex Havoline yang akan diadakan di seluruh negara dan turut berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Havoline. 

Sebarang maklumat tambahan boleh didapati menerusi laman web www.caltex.com/my atau laman rasmi Facebook Caltex di www.facebook.com/CaltexMalaysia