Mencucuk jadi punca jalan sesak makin teruk

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pastinya untuk rakyat di kota, mencucuk kereta hadapan dengan niat agar laluan trafik semakin laju memang sering dilakukan.

Secara logik, semakin rapat kita mencucuk, semakin cepat trafil bergerak kerana “tidak ada pemandu lembab yang terhegeh-hegeh di hadapan”.

Tunggu dahulu.

Para penyelidik di Makmal Sains Komputer dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) MIT mendapati bahawa “tail-gating” atau mencucuk tidak akan membuatkan trafik semakin laju tetapi sebenarnya akan menyebabkan keadaan trafik semakin teruk.

Menurut penyelidik MIT, mencucuk akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan memperlahankan arus kenderaan.

Aoa yang sepatutnya dilakukan ialah memastikan jarak antara kenderaan hadapan dan belakang sama dan kekalkan sepanjang perjalanan.

Pergerakan itu dinamakan kawalan bilateral dan sekiranya semua orang melakukannya, kesesakan jalanraya tidak akan wujud.

“Bila kita memandu, walaupun di atas lebuhraya yang baik, akan wujud masalah atau situasi yang mengganggu kelancaran pemanduan kita. Ini dinamakan pertubations atau gangguan,” terang Berthold Horn, salah seorang penyelidik di MIT.

Gangguan tersebut, yang berkisar dari monyet melintas atau lopak air atau pemandu biul akan mengakibatkan situasi di mana brek kecemasan digunakan.

“Jika kenderaan terlalu rapat antara satu sama lain, ia juga mampu mengakibatkan gangguan,” sambung Horn.

MIT mencadangkan diwujudkan pengesan jarak kenderaan di belakang dan nanti kesemua kenderaan boleh mengawal jarak antara masing-masing.

“Bila itu berlaku, walaupun pada jumlah yang kecil, ia akan memberikan impak positif yang besar kepada semua pengguna jalanraya,” ujar Horn.

 

*Laporan asal dari Popular Mechanics