Menteri Belia dan Sukan perlu hormat agensi lain

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kelmarin bahawa pihak kerajaan sedang mengkaji cara operasi perkhidmatan e-hailing motosikal dan ia memerlukan masa untuk diuji.

Beliau seterusnya mengingatkan semua bahawa pihak kerajaan tidak memberi kelulusan kepada GoJek dari Indonesia sahaja, tetapi kepada semua yang berminat untuk melakukan operasi e-hailing motosikal atau ojek.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kekeliruan ini berlaku selepas Menteri Belia dan Sukan "memperkenalkan" pengusaha GoJek Indonesia dengan Perdana Menteri.

Ini bukan sesuatu yang baharu untuk Malaysia. Dan untuk seseorang yang berpendidikan tinggi, pastinya Yang Berhormat tahu perkhidmatan ojek perlu kerjasama dari pihak Kementerian Pengangkutan.

Atau mungkin Menteri Belia dan Sukan tersebut juga tahu perkhidmatan ojek tidak akan diterima oleh Menteri Pengangkutan, lantas melakukan lompat tinggi dan terus berjumpa Perdana Menteri? 

Yang pasti sedang berlaku sekarang ialah Anthony Loke terpaksa menerima bebanan kerja sementara Syed Saddiq duduk tersenyum kerana berjaya membantu sahabat baharunya dari Indonesia.

Cuma Allah itu Maha Adil - dalam keseronokan dan kegopohan beliau, menteri muda itu terlupa akan Dego Ride, oeprator e-hailing motosikal yang masih muda dan juga, paling penting, rakyat Malaysia.

Beliau dikritik teruk kerana mempromosikan perkhidmatan milik orang luar dan melupakan produk tempatan hasil dari belia Malaysia sendiri.

Adakah ini bermakna Syed Saddiq ialah seorang menteri yang langsung tidak melakukan "homework" sebelum bertindak?

Adakah ini juga bukti bahawa segala keputusan dan pilihan beliau sebelum ini, terutama di dalam bidang sukan permotoran, perlu dikaji kembali? 

Hmmm ... mungkin tidak perlu kerana ia akan memalukan pihak yang memilih untuk mejadikan beliau seorang menteri.

Isu ojek ini mempunyai masalah dari pelbagai segi, dan jika kita mahu membenarkannya, cara ia diperkenalkan sendiri patut dilakukan dengan lebih teliti kerana sekarang ini, GoJek Indonesia mendapat publisiti percuma.

Aspek keselamatan juga perlu ditangani oleh semua pihak, dan memang terbukti ia tidak langsung difikirkan dari awal dan mungkin ia "diserahkan" bulat-bulat kepada Kementerian Pengangkutan sahaja.

Kajian-kajian impak sosial ojek ini kepada masyarakat juga perlu dilakukan kerana bukan semua perkara dari negara luar sesuai untuk negara kita. 

Pada pendapat saya, tindakan ini membuktikan Malaysia masih jauh lagi dari menjadi negara yang mempunyai rekod keselamatan jalanraya yang setanding dengan negara maju kerana menteri-menteri tidak mahu bekerjasama secara zahir berkaitan isu itu.

Dan saya belum lagi menyentuh isu kereta terbang. Yang itu, diskusi empat hari tiga malam pun belum tentu habis dibincangkan ya.

Negara kita sukar untuk maju jika kita masih memilih pemimpin yang suka hidup berpayung.

Sama-sama kita fikirkan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa…
Berita Global
Selex Motors merupakan syarikat pembuat bateri dan motosikal elektrik yang telah digunakan oleh…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…