Menteri jamin harga siling RON95 kekal buat masa ini

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi jaminan harga siling bagi petrol RON95 tidak akan naik susulan serangan di dua loji minyak Arab Saudi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Setakat ini ya (harga siling kekal), tetapi kita akan lihat perkara (faktor) lain.

"Pertimbangan harus dibuat berdasarkan asas yang lebih kukuh untuk jangka masa panjang, bukan reaksi spontan. Saya rasa ia bukan perkara yang munasabah.

"Berilah sedikit masa untuk kita buat perkiraan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Petaling Jaya hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada harga siling RON95 akan kekal RM2.08, seperti yang diputuskan Februari lalu.

Ia selepas serangan dua loji minyak di Arab Saudi pada Sabtu lalu, yang dilaporkan melumpuhkan separuh pengeluaran minyak negara itu, yang dijangka akan meningkatkan harga minyak dan meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Lim berkata serangan itu pastinya akan memberi kesan bukan saja kepada negara dan Petronas.

"Tentu untuk Petronas. Jika kita lihat pungutan, ia akan naik tetapi untuk negara dan pengguna biasa, ia akan ada kesan dari segi subsidi yang perlu dibayar. Tentulah ia akan naik," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan perlu mengkaji perkara itu dengan lebih mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan.

Sumber: Malaysiakini