Menteri Kanan Kerja Raya - Kos peruntukan perbaiki Jalan Persekutuan RM3 billion

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kira-kira 60 peratus Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion.



Beliau berkata, memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah luput tempoh hayat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan serta keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

 


Beliau turut berkata, sejumlah RM130 juta peruntukan tambahan telah diluluskan Kementerian Kewangan bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen Di Jalan Persekutuan seluruh negara secara one-off pada 13 September lepas.

 

Beliau berkata, semua peruntukan telah selesai ditawarkan kepada kontraktor di negeri semenanjung melalui 180 kerja bernilai RM113 juta dan RM17 juta lagi disalurkan kepada kontraktor di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui 17 kerja.

 

Kesemua kerja-kerja ini dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan setengah atau pada November depan,” katanya sambil mengingatkan para kontraktor khususnya dalam kalangan bumiputera dari gred G1 ke G4 agar tidak bergantung harap kepada kontrak kerja atau projek kerajaan semata-mata.

 

"Kalau kita melihat konteks di negara kita, lebih banyak sebenarnya adalah kerja-kerja yang disumbangkan pihak swasta berbanding di peringkat kerajaan yang tidak sampai 30 peratus daripada pembangunan keseluruhan projek pembinaan di negara kita," katanya.

 


Justeru katanya, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan memastikan para kontraktor tersebut diberi latihan dan dihubungkan dengan pihak swasta supaya mereka diberi peluang perniagaan.

 


Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga sedang melihat sistem agihan kerja yang pelbagai bagi memastikan semua kumpulan kontraktor dapat merasai peluang yang diwujudkan kerajaan. 

 

 

Bernama
 

Berita Berkenaan

Informasi
Kementerian itu memaklumkan pengurangan sementara had laju selama seminggu berkenaan antara langkah…
Berita Domestik
Pewartaan penurunan kadar had laju itu berkuatkuasa sepanjang tempoh Ops Bersepadu bermula 8…
Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…