Menteri Kanan Kerja Raya - Lebuhraya Pasir Gudang akan dinaik taraf kepada enam lorong

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM155 juta bagi menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong.


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek naik taraf itu akan dilakukan bermula di persimpangan Bandar Seri Alam Taman Rinting ke Pasir Gudang, di Johor Bahru.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang itu antara empat projek jalan raya sudah diluluskan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kerja Raya.

 

"Kerajaan Pusat akan menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM155 juta.

"Projek ini sedang di dalam proses perolehan manakala empat lagi projek naik taraf di Johor berada di dalam fasa pembinaan.

 

"Empat projek naik taraf itu membabitkan projek pembinaan Directional Ramp di Persimpangan Senai Desaru Expressway (SDE) - Bandar Penawar, Johor (tender semula) dengan kos RM129.2 juta serta naik taraf Jalan Muar-Tangkak- Segamat: Jalan Pintas dari Kolej Matrikulasi ke Kawasan Perindustrian Tangkak, pula dengan kos RM269 juta.

 

"Selain itu, projek naik taraf membina median, pusingan U dan kerja-kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang FT050 daripada Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) hingga Jambatan Merentasi Lebuhraya PLUS (Seksyen 34.5) pula akan dilakukan dengan kos RM250 juta.

 

"Peruntukan juga disalurkan Pusat untuk menaiktaraf Jambatan Kota Tinggi Bypass Di Laluan FT003, Kota Tinggi, dengan kos RM126.4 juta," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Makan Malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-Malaysia 2022, di sini, malam tadi.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Uncategorized
  "Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun…
Informasi
  "Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan…
Informasi
  "Sebab itu tempoh percubaan ini adalah kritikal untuk kita mengenal pasti daripada segi…