Menurut beliau, Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo diminta untuk menurunkan kadar tambang berdasarkan keputusan kabinet Jumaat lalu yang membenarkan lebih banyak penerbangan ke pelbagai negeri.
"Harga tambang akan ditentukan oleh kekuatan pasaran atau mekanisma harga dinamik, di mana ia akan mengambil kira permintaan dan penawaran, keadaan ekonomi, kos bahanapi dan lain-lain faktor," ujarnya.
Pada November 18 lalu Kementerian Pengangkutan juga telah meminta Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin untuk menyerahkan semula kawalan penerbangan negeri itu kembali ke Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Jumaat lalu juga Malaysia Airlines sudah menerima kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) untuk menambah penerbangan ke Sarawak dari 11 Disember ke 5 Januari.
Penambahan penerbangan ialah untuk membolehkan mereka yang sudah lama tidak kembali ke Sarawak balik dan berjumpa dengan keluarga.
* Berita penuh di The Star