Menteri patut perkenalkan tuk-tuk, prebet sapu dan van "angkut" untuk bantu anak muda Melayu

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia sepatutnya turut membenarkan perkhidmatan prebet sapu (teksi haram) dan  van sapu (seperti "angkut" di Indonesia) untuk menjadi alternatif kepada masalah pengangkutan "last mile".

Pengangkutan "Last mile" ialah sistem pengangkutan terakhir yang menyambungkan pengguna dari tempat kediaman mereka ke stesen-stesen bas atau keretapi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa sekarang, sistem zon kawasan perumahan yang tidak dikawal menyebabkan tidak ada pengangkutan "last mile" yang boleh diharap dengan harga mampu.

Di negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina, sistem pengangkutan seperti ojek (teksi motosikal), tuk-tuk, Jeepney dan van angkut digunakan sebagai pengangkutan "last mile".

Di Malaysia, prebet sapu atau teksi haram masih digunakan di kawasan-kawasan terpencil, tetapi sangat kurang kerana dibanteras oleh pihak berkuasa.

Prebet sapu ialah penggunaan kenderaan persendirian sebagai teksi, tetapi tanpa lesen. Ia lebih murah dan mudah untuk beroperasi kerana tidak ada kawalan dan tidak ada aplikasi telefon digunakan.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperkenalkan Go-Jek, syarikat teksi motosikal dari Indonesia untuk beroperasi di Malaysia.

Saddiq berkata Go-Jek akan membantu untuk menyelesaikan masalah pengangkutan "last mile".

Namun begitu, ia tidak memberikan pilihan kepada pengguna yang tidak sukakan motosikal.

Tuk-tuk, prebet sapu dan van angkut adalah lebih selamat kerana ia menggunakan kenderaan seperti bajaj, kereta dan van.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebuah syarikat dari United Kingdom (UK) iaitu D2H kini menerajui sebuah konsortium bagi mereka…
Berita Global
Rekod terpantas di Litar Nurburgring bagi kategori kereta produksi untuk tahun 2019 masih lagi…