Menteri Pengangkutan - Ada permintaan tetapi belum ada keputusan untuk luluskan perkhidmatan teksi motosikal

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar kecil Menteri Pengangkutan
Belum ada sebarang keputusan dasar di peringkat Kementerian Pengangkutan ketika ini untuk meluluskan perkhidmatan teksi motosikal sebagai alternatif pengangkutan awam di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sememangnya terdapat permintaan daripada syarikat tempatan untuk melaksanakan perkhidmatan itu di negara ini namun pihak kementerian perlu melihat kesesuaian serta kesediaan rakyat di negara ini untuk menerima perkhidmatan berkenaan.

 

“Memang ada permintaan dari syarikat-syarikat, namun setakat ini kami belum ada apa-apa keputusan untuk meluluskan sebarang perkhidmatan tersebut.

 

“Kita pernah buat pilot project beberapa tahun lalu di kuala Lumpur tetapi saya rasa perlu lihat sama ada, bersesuaian untuk menerimanya.

 

Budaya kita di Malaysia lain jika dibandingkan di Vietnam, Thailand ataupun di Indonesia di mana ia diterima secara umum tetapi di Malaysia tidak begitu,” katanya dalam satu majlis pada Khamis.

 

Sementara itu, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan penunggang motosikal bagi perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing).

 

Sehubungan itu, pihak kementerian kini sedang melihat aspek penambahbaikan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berkenaan yang merupakan industri besar dalam negara.

 

“Sekarang ini kami mahu menambah baik p-hailing terlebih dahulu, fokus adalah untuk memudahkan, bukan mahu menyusahkan,mahu tekankan aspek keselamatan.

 

“Kita tidak mahu lihat penunggang ini sebab mahu  cari rezeki, mereka bawa laju (motosikal) sehingga membahayakan diri, itu bentuk tambah baik yang kita akan lakukan nanti yang turut melibatkan syarikat mereka,” katanya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seorang anggota Majlis Perbandaran Hat Yai, Suppawit Maneechot melaporkan kejadian itu di…
Berita Domestik
Tujuan langkah ini diambil adalah untuk mengutip data bagi menghasilkan rangka kerja…
Berita Domestik
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkhidmatan itu dijangka mampu…