Menteri Pengangkutan - isu ubah suai ekzos, agensi kerajaan akan bincang kaedah terbaik

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Semua agensi kerajaan berkaitan perlu melihat semula kaedah terbaik bagi menangani kesalahan mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang ramai.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau meminta Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melihat kembali kesan masalah ekzos bising kepada masyarakat.


"Saya menyarankan semua agensi kerajaan berkaitan untuk sama-sama melihat semula kaedah terbaik bagi menangani kesalahan mengubah suai ekzos sehingga (mengeluarkan) bunyi bising.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Masyarakat menyalahkan Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung penjualan ekzos yang diubah suai di pasaran, namun perkara ini di luar bidang kuasa kementerian.

 

"Kita minta seluruh ekosistem perlu dilihat kembali, ada yang mengatakan penjualan ekzos bising patut diharamkan, tetapi ia tidak berada dalam bidang kuasa kita (MOT), mungkin membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan sebagainya," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tren Diesel Multiple Unit (DMU) di Stesen Keretapi Pasir Mas, Kota Bharu semalam.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

 

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan ekzos bising jika mereka tidak mengubah bunyi ekzos selepas mendapat notis temu janji advokasi.

 

"Tindakan itu bertujuan untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan (ekzos bising) supaya tidak mengulangi kesilapan itu pada masa hadapan.

 

"Setakat ini, pemilik kenderaan yang masih menggunakan ekzos bising hanya dikenakan pendekatan advokasi iaitu dikeluarkan Notis 114. Pemilik kenderaan hanya perlu menghadiri sesi siasatan yang ditetapkan JPJ.

 

"Apabila notis terbabit dikenakan, pemilik kenderaan perlu hadir ke JPJ untuk sesi temu siasat. Kementerian mengambil serius perkara itu selepas menerima pelbagai aduan daripada orang ramai.

 

"Ramai memaklumkan terganggu dengan bunyi ekzos bising terutama pada waktu malam sehingga mengganggu tidur mereka," katanya.

 

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Jadi, jika anda memiliki kereta yang bising dan tinggal di bandar New York, anda mungkin bakal…