Menteri Pengangkutan - Kenderaan berat dilarang guna lebuh raya sempena Aidilfitri

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan dijangka menetapkan larangan kenderaan berat menggunakan lebuh raya selama lima hari sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, larangan itu dijangka bermula pada 30 April hingga 2 Mei dan 7 Mei hingga 8 Mei.

 

Menurutnya, larangan berkenaan akan diwartakan dalam tempoh masa terdekat.

 

Katanya, ia bertujuan memastikan kelancaran aliran trafik yang akan bertambah ketika sambutan Aidilfitri.

"Saya sudah menandatangani warta sama seperti sebelum ini iaitu tiga hari sebelum dan selepas hari raya.

 

"Memang sekiranya diwartakan, semua pemegang permit terutama kenderaan perdagangan tertakluk kepada peraturan diwartakan.

 

"Kita ada sistem hebahan bagi memaklumkan larangan ini dan spesifikasi kenderaan berat yang dilarang adalah seperti sebelum ini," katanya pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Forest City Golf Resort di Johor semalam.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada  Bernama, presiden kesatuan tersebut Abdul Razak Md Hassan dalam kenyataan…
Informasi
  "Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah…
Informasi
  Berita Harian melaporkan bahawa Ka Siong berkata, keputusan supaya pekerja p-hailing memiliki…