Menteri Pengangkutan - Kerajaan sedang kaji keberkesanan pindaan akta terhadap pemandu mabuk

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya sedang mengkaji keberkesanan pindaan baharu Seksyen 45A (1) di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang berkuat kuasa sejak 23 Oktober tahun lalu.


Beliau berkata, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah diminta melaksanakan kajian tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja oleh pihak kementerian tetapi semua pemegang taruh bagi menangani isu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang memandangkan pindaan Rang Undang-Undang 333 telah dikuatkuasakan hampir setahun lalu.

 

“Kajian juga akan mengesyorkan lain-lain langkah intervensi dan kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu pemandu mabuk di masa depan,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

 

Mengikut Seksyen 45A (1), pindaan baharu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam…
Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Domestik
  "Ini secara tidak langsung akan membantu pengguna mengatasi isu kekurangan baki sewaktu melalui…