Menteri Pengangkutan - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) tidak dijual

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan tidak meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang kepada sebarang entiti perniagaan swasta.


Dalam Ucapan Penggulungan Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 Peringkat Dasar, Kementerian Pengangkutan menegaskan pendiriannya berkaitan pengambilalihan lapangan terbang itu.

 

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal seperti Perjanjian Pajakan.

 

“Setakat ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Subang kepada sebarang entiti perniagaan swasta.

 

Hak dan pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Pajakan.

 

“Perjanjian itu telah diberikan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal Lapangan Terbang Subang sehingga tahun 2034 (operating agreement) dan 2067 (lease agreement).

 

“MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan Lapangan Terbang Subang sebagai hab aeroangkasa antarabangsa sepertimana yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac 2005,” jelasnya di Dewan Rakyat.

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain daripada itu, ia juga dikatakan mampu menjana ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi…
Berita Domestik
Penambahan lain termasuk pemasangan lampu limpah berkapasiti tinggi dan papan tanda yang memudahkan…
Berita Domestik
  Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, WCT juga berkata ia akan mengendalikan lapangan terbang…