Menteri Pengangkutan - Lesen vokasional untuk penunggang p-hailing tidak sama GDL

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Lesen vokasional yang bakal diwajibkan terhadap penunggang p-hailing selepas pindaan terhadap tiga peruntukan undang-undang pengangkutan sedia ada tidak sama dengan lesen GDL yang digunakan terhadap kenderaan komersial mengangkut barangan.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia sebaliknya adalah satu lesen vokasional yang khusus untuk penunggang p-hailing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, berbeza dengan permohonan untuk mendapatkan GDL, penunggang hanya perlu mengikuti kursus singkat beberapa jam dan tidak perlu ke institut memandu.

 

"Nama kita belum tentukan, tetapi yang pasti lesen vokasional untuk p-hailing secara pendaftaran murah dan mudah.

 

"Ia hanya membabitkan pembayaran token dan moratorium akan diberikan untuk tempoh pendaftaran itu.

 

"Ia tidak akan membebankan rakan penunggang p-hailing," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kementerian Pengangkutan, di sini petang ini.

 

 

gambar hiasan

 

Berikutan itu, Ka Siong berkata, ia tidak akan membabitkan sebarang pemeriksaan terhadap kenderaan seperti kenderaan mengangkut barangan komersial lain.

 

Beliau berkata, kos yang akan dikenakan juga adalah minimum dan dianggarkan tidak melebihi RM10.

 

Katanya, dakwaan dan kekeliruan semua penunggang p-hailing perlu membawa motosikal yang digunakan untuk pemeriksaan di PUSPAKOM juga tidak benar.

 

Selain itu, beliau berkata, perlu ada pendaftaran berkenaan untuk membolehkan kementerian itu mempunyai data sebenar bilangan penunggang p-hailing yang ada di negara ini.

 

"Sebelum ini, data penunggang hanya boleh diperoleh daripada pengendali p-hailing (PHO), namun ia tidak mempunyai data yang lengkap membabitkan siapa yang masih aktif.

 

"Ia akan memudahkan apabila ada keperluan untuk pelan perlindungan dan bantuan. Saya tidak boleh menganggap semua pemegang lesen B2 sebagai penunggang p-hailing. Tidak boleh, ia kena ada kelebihan iaitu berdaftar dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, nama khusus untuk lesen vokasional itu akan ditentukan kemudian.

 

Selain itu, Ka Siong berkata, beliau juga bimbang dengan data kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang menunjukkan 62 peratus daripada 16,308 penunggang p-hailing yang diperhatikan melalui kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) di Kuala Lumpur, didapati melanggar peraturan jalan raya dengan berada dalam petak kuning atau di lintasan pejalan kaki.

 

Katanya, sebanyak 14 peratus pula didapati memegang telefon bimbit dan melanggar lampu isyarat, manakala 7 peratus membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan dan 3 peratus menunggang melawan arus atau melalui trafik bertentangan.

 

Isnin lalu, dalam satu sidang media khas, Ka Siong memaklumkan Rang Undang-undang (RUU) pindaan terhadap tiga peruntukan undang-undang pengangkutan jalan yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, bakal menyaksikan penunggang perkhidmatan p-hailling diwajibkan memiliki lesen memandu vokasional.

 

Beliau dilaporkan berkata, melalui pindaan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], had usia untuk penunggang perkhidmatan penghantaran makanan itu daripada mendapatkan lesen memandu vokasional diturunkan daripada tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Berita Harian melaporkan bahawa Ka Siong berkata, keputusan supaya pekerja p-hailing memiliki…