Menteri Pengangkutan: Pemantauan kerusi keselamatan kanak-kanak sepanjang Tahun Baru Cina

oleh SALINA JALIL|
Tahap kesedaran penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), akan dipantau pihak berkuasa sepanjang operasi keselamatan jalan raya, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata walaupun tiada tindakan kompaun dikenakan sejak undang-undang itu berkuat kuasa pada 1 Januari, pengguna jalan raya perlu diberikan kesedaran, mengenai kepentingan CRS.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Pemantauan akan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana kita mahu meningkatkan kesedaran.

 

“Dasar penggunaan CRS hanya akan menjadi efektif, jika pengguna jalan raya mempunyai kesedaran sendiri,” katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Sambutan Tahun Baharu Cina Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Hentian Bentong arah Barat di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

 

Loke berkata tindakan menguatkuasakan penggunaan CRS pada kenderaan persendirian terpaksa dilakukan, bagi memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak ekoran statistik kematian golongan itu yang membimbangkan.

 

“Sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017. Sokongan daripada pihak swasta dan media amat penting, dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar penggunaan CRS dengan berkesan,” katanya.

 

 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook beramah mesra bersama pengguna jalan raya cilik yang menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak (CRS) ketika melancarkan Kempen Keselamatan Lebuhraya Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Hentian Rehat dan Rawat Bentong (Arah Barat) Lebuh Raya Pantai Timur Satu (LPT1), hari ini. - Foto BERNAMA

 

 

Dalam perkembangan lain, Loke berkata beliau mengalu-alukan maklum balas pelbagai pihak, berhubung pemeriksaan awam Jajaran Mentakab-Pelabuhan Klang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau Seksyen C yang dipaparkan sejak 14 Januari lalu, kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

 

Sementara itu, Nik Fauzi berharap pengguna merujuk jadual cadangan waktu perjalanan, kerana dijangkakan purata trafik harian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan LPT 1 akan meningkat sebanyak 60 peratus sempena musim cuti Tahun Baru Cina, iaitu kira-kira 250,000 kenderaan berbanding 156,000 pada hari biasa.

 

“Kami memastikan semua aset berada dalam keadaan siap siaga untuk berdepan peningkatan ini, termasuk menggunakan dron bagi memantau pergerakan trafik dari udara selain meningkatkan rondaan serta penugasan lebih 550 kakitangan bahagian tol dan trafik,” katanya.

 

Nik Fauzi berkata Anih Berhad menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan persendirian atau kelas 1 bagi pada 25 Januari ini di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT 1 bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

 

Pada majlis itu, Anih Berhad turut melancarkan kempen keselamatan jalan raya, bagi menggalakkan pengguna jalan raya memakai tali pinggang keledar dan berehat setiap dua jam selepas memandu, dengan tema hashtag #PasangSokmo dan #MohSinggah sempena musim cuti Tahun Baru Cina.

 

Sumber: Berita Harian dan Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  MIROS dalam kenyataan hari ini (Sabtu) telah memaklumkan program rebat pembelian kerusi…
Informasi
Menurut Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kanak-kanak yang mempunyai ketinggian…
Berita Domestik
  Katanya, kementerian juga sedang merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi…