Menteri Pengangkutan: Pemimpin patut jadi contoh - SILA PAKAI HELMET! 

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menasihatkan pemimpin-pemimpin masyarakat perlu menjadi contoh menggunakan topi keledar ketika menaiki motosikal, termasuk ketika melakukan kempen-kempen pilihanraya.

Menurut Wee, hukuman di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 boleh dikenakan ke atas mana-mana pegawai kerajaan, pemimpin parti pembangkang atau wakil rakyat yang dipilih jika mereka tidak mengendahkan undang-undang tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beliau berkata jika ada sebarang laporan mengenai kejadian itu, pihak JPJ akan melakukan penyiasatan menurut SOP mereka.

Wee berkata sudah tiba masanya pemakaian topi keledar perlu di mana-mana jalanraya seperti di dalam akta undang-undang itu.

Isu ini timbul bila mantan Menteri Pengangkutan Anthony Loke menimbulkan isu ada pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang yang tidak menggunakan topi keledar ketika menaiki motosikal semasa kempen politik mereka.

Pada pendapat Careta, jika seorang itu tidak faham kenapa topi keledar perlu digunakan ketika menunggang motosikal, dia tidak layak untuk menjadi pemimpin ataupun ketua darjah sekali pun.

Pemimpin politik yang cuba menangkis tuduhan begitu dengan memberi alasan remeh seperti orang lain pun tidak menggunakan helmet, juga perlu direhatkan dari politik kerana Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang mempunyai IQ di bawah paras 89.

* Artikel berdasarkan laporan The Sun Daily

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Litar sepanjang 1 km ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian keselamatan aktif dan pasif…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (…