Menteri Pengangkutan - Penambahan bas 'shuttle' dan kakitangan langkah tangani isu aerotrain KLIA

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Anthony Loke
Penambahan bas 'shuttle' yang beroperasi sepanjang masa serta lebih banyak kakitangan ditempatkan bagi menghubungkan terminal utama dan satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menjadi antara langkah mitigasi untuk menangani isu ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahan bas shuttle dijangka mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain dengan masa perjalanan pula dalam tempoh empat minit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Langkah mitigasi ini diambil sementara projek menaik taraf sistem siap dan membeli set aerotrain baharu dijangka mula beroperasi dalam tempoh 24 bulan.

 

"Pada ketika ini terdapat ganggungan perkhidmatan yang mana hanya satu set aerotrain yang beroperasi kerana set yang kedua menghadapi masalah teknikal," jelas Loke menerusi laman Facebooknya pada Sabtu.

 

Tambah beliau, beberapa langkah lain turut diambil termasuk kebenaran parkir di terminal utama bagi pesawat wide-body seperti A350 yang melibatkan penerbangan antarabangsa.

 

Perkhidmatan aerotrain juga, jelas Loke, dikhususkan kepada penumpang dan anak kapal sahaja manakala petugas lapangan terbang serta pekerja lain diarahkan menggunakan bas shuttle.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…