Menteri Pengangkutan - Sambutan diskaun 70% saman JPJ menggalakkan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Diskaun 70 peratus yang ditawarkan bagi pembayaran saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula Selasa lalu, mendapat sambutan menggalakkan.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata ia mendapat sambutan khususnya pada mereka yang mempunyai saman tertunggak kerana itu adalah yang ditunggu-tunggu orang ramai untuk membayar saman.


"Diskaun berkenaan memberi kebaikan kepada pengguna jalan raya, khususnya mereka yang masih dalam tindakan senarai hitam untuk membayar saman tertunggak, selain meringankan beban golongan kehilangan kerja.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pengguna jalan raya memang menunggu untuk melunaskan saman kerana dalam keadaan gawat ketika ini, ada yang hilang pekerjaan dan cuba mencari pekerjaan lain serta pada masa sama perlu memperbaharui lesen, sekali gus keluar dari senarai hitam," katanya katanya.

 

Isnin lalu, Ka Siong dilaporkan berkata tawaran diskaun saman yang boleh dikompaun itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-75 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membabitkan 3.5 juta saman aktif dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…
Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Berita Domestik
"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa…