Menteri Sumber Manusia - Penjawat awam B40 boleh beli takaful/insurans kenderaan secara ansuran

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan dari jagadita
Kira-kira 1.7 juta penjawat awam terutama daripada golongan B40 kini berpeluang membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan Skim MyezyCover yang diperkenalkan kerajaan pada Rabu.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, skim patuh syariah itu dilaksanakan dengan pembiayaan RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Pada peringkat awal ini, program disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40 sebelum diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.

 


“Apabila mereka buat pembayaran sekali gus, mereka akan dapat 10 peratus diskaun dengan pembayaran adalah menerusi potongan gaji oleh Angkasa,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Skim MyezyCover di Menara Perkeso di sini pada Rabu.

 

Pada majlis perjanjian itu, Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed; ATECH diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syed Alwi Mohamed Sultan manakala MAAB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Faudzi Mt Din.

 

Saravanan berkata, penglibatan Perkeso dalam program skim itu adalah sebagai pelabur kerana kerajaan menyedari terdapat penjawat awam khususnya daripada golongan B40 berdepan dengan kedudukan kewangan yang sekadar “cukup-cukup” untuk membeli takaful kenderaan mereka.

 

“Keadaan ini menyebabkan ada daripada mereka terpaksa menunggu sehingga mendapat gaji untuk membeli takaful kenderaan sekiranya tempoh takaful kenderaan itu tamat pada pertengahan bulan.

 

“Ada juga kumpulan-kumpulan ini memiliki road tax (lesen kenderaan motor) dan insurans kerana meminjam Ah Long (peminjam wang tidak berlesen) selain melalui koperasi dan menggunakan kad kredit.

 

 

 

Sinar
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merangkumi perlindungan dari kebakaran, kecurian, kilat, letupan, tangki air atau paip pecah…
Berita Domestik
Ini kerana, perlindungan banjir merupakan satu perlindungan opsyen yang ditawarkan dibawah sijil…
Informasi
  Malaysia tidak terkecuali dan di sini ialah tiga cara utama peminat automotif boleh menggunakan…