Menunggang dengan lebih selamat

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Keselamatan diri merupakan keutamaan kita pada setiap ketika dan dalam apa jua keadaan, termasuklah menunggang motosikal. Adalah menjadi amalan baik untuk memeriksa motosikal anda sekurang kurang nya  sekilas pandang tiap kali sebelum menunggang. Periksa tekanan angin tayar dan kedalaman bunga tayar, dan hanya menunggang jika yakin kedua dua tayar adalah selamat untuk digunakan. Lihat samada terdapat paku, tusukan besi atau luka kepada bunga tayar, termasuklah dinding tayar. Jika cuaca dijangka basah dan anda tidak mempunyai visor topi keledar yang kalis-kabus, sebenarnya sapuan air liur boleh mengatasi masalah kabus di visor ketika menunggang dalam hujan. Krim pencukur juga mampu memberikan jalan penyelesaian kepada masalah kabus itu. Gunakan baju hujan, bukannya berpayung!! Menunggang ketika hujan Hujan sebenarnya lebih mendatangkan ketidak-selesaan daripada bahaya ketika menunggang. Menangani cuaca basah ini juga mampu mengasah tumpuan anda dan memperhalusi gerak hati anda dalam menunggang. Perlahankan sedikit jika kurang yakin, dan berikan lebih ruang dengan kenderaan di hadapan. Pakai pakaian yang bersesuaian, baju hujan yang berkualiti dan berwarna terang atau jaket yang kalis-air. Guna visor kalis-kabus, dan kasut kalis air atau sarungkan dengan sarung-hujan. Kekalkan penggunaan sarung-tangan dan sediakan sarung-tangan getah mencuci pinggan yang besar supaya boleh digunakan untuk melindungi sarung-tangan kulit anda. Jika terperangkap dengan tiada baju hujan, kekal kering dengan menggunakan beg plastik sampah yang ditebuk hujung nya. motorcycle-rain-coat reflective-vest Gunakan brek dengan berhati hati di jalan basah. Imbangkan tekanan brek dan lebihkan brek belakang jika motosikal anda tiada sistem anti-kunci ABS. Yang penting sekali ialah untuk mengelakkan dari tayar terkunci terutama sekali tayar hadapan. Perhatikan laluan kenderaan hadapan dan kenalpasti lopak air atau air terkumpul. Halakan motosikal untuk melalui bekas laluan kenderaan lain kerana ianya lebih kering dan selamat. Jika anda terasa motosikal membuang, cuba kawal dengan imbangan dan elakkan menggunakan brek yang mungkin menggelincirkan motosikal anda. Menunggang di waktu malam Daya penglihatan kita lazimnya akan berkurangan ketika umur meningkat. Kadar kemalangan sebenarnya adalah amat tingi ketika subuh dan senja. Kajian Lembaga Keselanatan Kebangsaan Amerika Syarikat juga mendapati bahawa 90 peratus daripada tindakbalas atau reaksi penunggang bergantung kepada penglihatan anda. dark-apparels-is-unseen Gunakan visor yang kalis-kabus dan tidak calar. Calar akan menyebabkan biasan cahaya dan kelihatan berganda dan akan mengelirukan anda. Pasitkan anda mampu melihat dengan terang, dan anda juga boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna jalanraya yang lain. Gunakan pakaian pemantul cahaya, dan pastikan cemua lampu motosikal anda adalah berfungsi. Gunakan penanda dan garisan jalan bagi membantu anda. Perlahankan motosikal di garisan kembar kerana ianya selalu ada si awal selekoh atau bukit. Perhatikan cahaya kenderaan mendatang, dan jangkakan kenderaan yang tidak berlampu. Apa jua kelibat perlu di awasi dan awasi lintasan binatang sewaktu senja. Periksa tayar anda Tayar yang bocor, kurang angin dan hampir kempis akan mengakibatkan motosikal bergoyang dan bergegar, dan menjadi semakin buruk dari masa ke semasa. Perlahankan motosikal anda dan jangan membrek secara mengejut. Gunakan brek pada roda yang masih baik sahaja dan brek secara progresif dan berhentikan motosikal. Tips keselamatan menunggang
  • Andaikan anda tidak kelihatan kerana lazimnya motosikal tidak kelihatan oleh pengguna jalanraya yang lain.
  • Gunakan pakaian untuk menangani kemalangan, dan bukan nya untuk bersantai.
  • Jika pakaian anda tidak selesa dan menghalan pergerakan, anda mengundang bahaya hilang kawalan.
  • Harapkan yang terbaik dan bersedia untuk yang terburuk. Jangkakan lintasan tak berhemah atau tanpa isyarat oleh kenderaan lain.
  • Tumpukan perhatian dan jangan alihkan tumpuan, walau secantik mana pun si dia yang di tepi jalan.
  • Cermin sisi hanya sebahagian dari gambaran sebenar. Toleh dan pandang ke belakang untuk kepastian.
  • Bersabar, kerana seringkali anda dikejutkan oleh kenderaan atau benda yang tak kelihatan. Luangkan sedikit masa untuk kepastian, tolehan kedua itu mungkin menyelamatkan nyawa anda.
  • Awasi gabungan aliran kenderaan, jangan harapkan semua orang mematuhi lampu isyarat, kerana mungkin mereka juga tidak sabar seperti anda.
  • Awasi kenderaan yang dimodifikasi. Lazimnya mereka agak pantas dan berdarah panas, dan mampu mengundang ancaman.
  • Masuk perlahan dan keluar laju di selekoh, bukan di sebalik nya. Memasuki selekoh terlalu laju merupakan punca utama kemalangan sendirian.
  • Belajar menggunakan kedua dua brek dengan baik bagi mengawal motosikal anda.
  • Anda akan pergi ke arah yang anda pandang. Secara semulajadi tubuh anda akan mengikuti pandangan anda, jadi tumpukan penglihatan kepada laluan selamat.
  • Sentiasa perhatikan keadaan sekeliling anda dan awasi ancaman yang bakal dihadapi.
  • Berhenti sepenuhnya di persimpangan. Pastikan laluan selamat sebelum meneruskan perjalanan.
  • Perhatikan keadaan jalanraya jauh di hadapan, dan bukan nya hanya pada kenderaan di hadapan anda.
  • Beri ruang selamat yang mencukupi untuk tindakbalas pantas.
  • Tunggang motosikal yang mampu anda kawal, dan bukannya mengikut ego.
Menunggang motosikal adalah hobi yang sihat, oleh itu jangan biarkan ianya menjadi punca tangisan orang tersayang. Seperi apa jua aktiviti lain, sebarang amalan terkawal akan menjamin keselamatan. Tunggang lah dengan cermat dan tajamkan pengalaman anda.